Jun 042010
 

Ah, malas nak intro bak pujangga rimba memutar alam. Straight to the point, korang pernah dengar tak cerita orang yang gali perigi minyak tu? Alah tak kira lah minyak ke mas ke siti ke yang penting berharga ar. Cerita dia macam ni.

Pada suatu hari tu, mamat ni dengar ada sebidang tanah tu mengandungi hasil minyak mentah dalam tanah tersebut. Jadi dengan secepat mungkin dia pun beli tanah tu sebab dia tahu pelaburan untuk lombong minyak memang menguntungkan. Dan sejak hari tu dia pun mula lah menggali sebab nak cari sumber minyak tu.



Dipendekkan cerita, setelah 9 hari menggali sedalam 8.89 meter, dia pun rasa penat sangat-sangat. Jadi dia pun fikir “Ciss debedah..buat ponat den jo gali-gali lobang macam Salleh Yaakob. Tapi hampeh! Habuk pun tarak! Mengabihkan bogheh jo. Cilaku!” Setelah mengamuk sakan dengan cangkulnya sehingga patah dia pun menyerah kalah dan nak jual tanah tu.

Keesokkan harinya, adalah sorang uncle tua bernama Ah Cheng ni beli tanah tu. Walaupun takde lah sekuat mana kudratnya, maka dengan hati yang girang untuk bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan, uncle tu pun mulalah projek dia dengan menggali lubang yang sedia ada tu dengan harapan nak cari sumber air untuk tanamannya nanti. Baru je dia gali 0.01 meter tetiba gedebushh keluar minyak terpancut sehingga pakcik tu bertukar menjadi seperti orang minyak.



Dia pun kelam kabut naik dari telaga tu dan mencari tokey minyak terkenal di bandar tu yang bernama Ah Tai, dan seterusnya diorang menjadi rakan kongsi menubuhkan sebuah syarikat minyak yang bernama Tai Ko Cheng..now bukan sahaja uncle ni puas tanpa perlu mengusahakan tanaman sayur atau buah, malah rezekinya semakin bertambah-tambah dengan hasil minyak tu. hah dapat tak moral of the story ni?

Saya tengok dah ramai yang tersungkur dalam dunia blogging ni. Dah banyak blog yang jarang update. Dan ada gak blog yang selepas buat contest, terus tak berupdate maybe sebab tak menguntungkan macam diorang harapkan.

Apa yang diharapkan korang berusahalah. Kaji betul-betul apa yang berkaitan dengan dunia blogging ni untuk mendapat tempat dalam dunia maya ni. Mana tahu maybe kerana satu artikel yang gempak dapat membuatkan korang lebih maju ke hadapan dan dapat ramai loyal reader suatu hari nanti. Gempak tu biarlah berisi bukannya gempak sampai buat orang nak bagi penyepak. Lagipun, nak pikat pembaca bukan senang sekarang ni.

Ok saya ni pun bukan punya tapak yang kukuh dalam dunia blogging ni tapi sebagai seorang blogger saya rasa bertanggungjawab gak untuk tolong motivate sesama blogger. Ahah actually motivation saya dalam dunia blogging ni down gak kebelakangan ni. So inilah caranya saya nak motivate balik diri saya dengan memberi motivasi kepada blogger lain.



Kesimpulannya, Jadilah macam syarikat Tai Ko Cheng tu. Jangan jadi cam mamat mengamuk mengabihkan bogheh tu. Berusaha biarlah sampai ada hasilnya. Err tapi bila difikirkan balik uncle Ah Cheng tu nasib je kan.. Alah..sekurang-kurangnya dia berusaha jugakkan untuk gali lobang tu. Kalau tak usaha gali lobang tu, takdenya minyak tu nak pancut keluar, Sebelum tu pun niat dia nak tanam sayur je. Tup-tup terus jadi tokey minyak. hah berdoalah moga korang pun akan berjaya dalam dunia blogging ni. Search ar tips-tips blogging yang berlambak kat google tu. Blogging ni pun kena belajar gak. Mana boleh main hentam je.

Semoga apa yang kita mulakan akan ada pengakhiran yang memuaskan. Salam blogging dari saya. Oh terima kasih pada yang menjadi follower dan yang selalu singgah blog ni. Walaupun blog ni takdelah segempak mana, tapi daku terima je. I lap you! muah muah haha nak menggedix skit bersama penaja tak rasmi – kopi radix menggedix..mai setong!

Yang suka sakat kocheng,
– fitrihadi –

.
(Visited 9 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Freshie NUFFNANG) Camna Nak Jawab Survey Nuffnang Dengan Betul?

Comments

  1. Amir says:

    just go on with ur life. aku dah tak target apa2 dlm dunia blogging ni. malas… biar la hidup mcm biasa. blogging just a hobby..
    .-= Amir´s last blog ..Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin? =-.

    1. FITRIHADI says:

      heh takpe..lain orang lain niatnya..yang penting kita selesa dengan apa kita buat

  2. eddy dy says:

    aku nak tanya ni..knpa aku klik FB likes tu kuar error? aku slalu gak kena kat blog2 lain…apa sebabnya owh?

  3. anys says:

    bagusnya artikel nih!
    baru rasa motivate ckit.. ;)


LIKE KAMI DI FACEBOOK