Tahniah! Pemenang ‘Contest: Bila Blogger Bercuti’ Disahkan Secara Rasminya!
Salam.. Akhirnya setelah beberapa jam mengosongkan minda dan mengadili 6 blog teratas yang ditetapkan pada entry sebelum ni, maka dengan sebulat suaranya saya telah menetapkan kedudukan pemenang contest ni. Dibawah ni adalah senarai pemenang berserta sedikit ulasan. Check it out!

Pemenang Pertama: Zuhaimi Zul
Ulasan: Percutian ke Cameron Highlands yang penuh aktiviti. Err actually percutian honeymoon. hehe rasa cam tak sabar lak nak kahwin :p..Berbalik pada entry beliau, gambar yang di kongsi memang cantik dan banyak tempat-tempat dan benda-benda menarik yang diceritakan oleh Encik Zuhaimi dalam entry tersebut. Satu pengalaman yang berharga untuk dikongsi bersama!
Pemenang Kedua: Joegrimjow
Ulasan: Ada dua tempat yang bro Joe ni melawat iaitu Eiffel Tower dan Disneyland, Paris. Oh dia bukan pergi honeymoon. Dia gi enjoy dengan kawan2 dia. hehe.. Penceritaan agak kurang kerana beliau menggunakan konsep penceritaan bergambar. Tapi, entry bro Joe ni penuh dengan gambar-gambar yang cantik, menarik dan santai. Apa pun memang enjoy gak baca entry bro Joe ni. Paris dan Disneyland tu beb. Siapa tanak gi. Tambah-tambah pegi dengan kawan. Lagi ar happening! hehe
Pemenang Ketiga: Daria
Ulasan: Cik Daria ni bercerita pasal percutian dia ke Krabi. Tau kat mana Krabi tu? Bukan Krabi patty dalam kartun Spongebob Squarepant tu tapi ni Krabi satu tempat kat Thailand. Banyak maklumat yang Cik Daria ni kongsi seperti kos hotel, harga beberapa barang, makanan, sewa scooter dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan kat Krabi, Thailand tu. Kalau rasa-rasa nak bercuti ke negara jiran; Thailand boleh lah refer entry cik Daria ni.
Pemenang Keempat: Iman
Ulasan: Cik Iman ni student kat UK gak macam bro Joegrimjow. Tapi lain universiti kot. Entry Cik Iman ni pasal pengalaman beliau gi main luncur ais. hehe pandai ke main luncur ais? takpe ar..janji dah ada pengalaman pegang salji tu. Selain itu cik Iman ni gak gi main salji, tengok Glasiers Cave, naik cable car dan macam-macam lagi. Terjah ar entry dia tu..nanti beku laptop korang hehe :)
Pemenang Kelima: Gadis Kuntum
Ulasan: Gadis Kuntum ni nama cik Aini. Dalam entry cuti tu, Cik Aini ni pegi melawat i-city. Siapa pernah gi i-city? Tempat tu memang cantik. Dah macam dalam fantasi lak. Ye la dengan pokok dan segala benda kat situ warna-warni je. tapi nak tengok kemeriahan i-city ni hanya waktu malam je best sebab time ni lah tempat tu diterangi dengan cahaya yang memang hapenning! Terjah je entry dia. Memang colourful!
Pemenang Keenam: Lin
Ulasan: Tak tahu kenapa saya suka entry ni. Mungkin sebab gambar dia yang jelas dan clear. Ditambah lak dengan keindahan alam yang terserlah dalam gambar-gambar cik Lin ni. Apa pun ada gambar je.. kalau rajin bercerita mungkin boleh dapat tinggi sikit markah :)
Jadi dengan ini tamatlah sudah contest: Bila Blogger bercuti ni. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Oh Ini Hadiah-hadiahnya. Pemenang pertama sila emailkan num akaun dan nama bank. Dan pemenang kedua hingga keenam sila beri nama, alamat dan no fon untuk urusan poslaju. Kalau boleh alamat dalam Malaysia lah senang sikit. BTW, Penghantaran akan dilakukan selepas mendapat semua alamat pemenang. Harap maklong.
Terima Kasih pada yang join. Yang tak berjaya boleh cuba lagi pada masa akan datang. Penat ar. Nak rehat kejap. Jom cuti-cuti Malaysia! Have a nice day!
Yang dah setahun bercuti,
- fitrihadi -


zuhaimi zul
alhamdulillah…
tak sangka plak leh menang… tempat pertama gitu… thanks…
zuhaimi zul recently posted..Tergendala Sebentar
FITRIHADI
hehe tahniah bro :)
FITRIHADI recently posted..Penambahbaikan Page Exchange Link! Sekarang Dengan Live Update!
joegrimjow
lol
xsangka plak bleh menang
baru sempat menjenguk (exam)
thx ya
joegrimjow recently posted..Siapa inspirasiku berblog?
FITRIHADI
you’re welcome :)
hehe bro..tolong emailkan alamat kat malaysia..nak post hadiah ar..thanks
FITRIHADI recently posted..Kenapa Yahudi Bijak? Selain Tak Hisap Rokok Yang Dicipta Diorang…
serol
tahniah2..aku baru baca joegrimjow punya..yg lain2 ondaway.. :D
ciPuding_7
wah.. wah.. syabas anie & nomey.. pahni masuk contest ‘saya nak cuti’ plak..
ciPuding_7 recently posted..kisah pulaN ke kampuN..
anie
hoyeh… ai menang.. hoyeh..hoyeh.. sangat suke k.. tq FIT sbb wat contest ni.. lenkali wat lagi.. ley join.. heheheh
anie recently posted..17 tahun..
FITRIHADI
hehe tahniah! :) insyaallah kalau rajin ada ar lagi contest
Iman
wow dah menang! :D lol 1st contest yg bermakna.hehe
thanks for organizing the contest :)
Iman recently posted..Trip Experience : Barcelona Tempat Lelaki Kacak dan Hot
FITRIHADI
hehe you’re welcome :) tahniah!
naem
tahniah kpd pemenang..he3 :)
Sya Isya
Tahniah kepada semua pemenang, penat ya Fit. hehe..alala…ciannya dia..dahsyat juga penangan buat contest ni ek.
Sya Isya recently posted..ZAIKULIM’S 1ST GIVEAWAY
FITRIHADI
haha memang susah gak buat contest..ni last kot sebab lepas ni bz dengan univ lak