Jun 222010
 

Secara tak rasminya blog Fitrihadi.com ni di install dengan WordPress pada 20 Mac 2010. Hari ni dah 21 Jun 2010. Maknanya dah 2 bulan blog ni beroperasi. eh 3 bulan la.. korang reti kira tak ni?? adess jadi, sehingga semalam boleh dikatakan pencapaian blog ni agak memberangsangkan jugak. Bagi saya lah.. bagi korang mungkin ada yang kata “Ek eleh, kecoh ar mamat ni!”



Haha tak kisah ar kecoh ke syok sendiri ke, janji dapat share dengan korang. Jadi kat bawah ni adalah rekod-rekod Fitrihadi.com selama 3 bulan sehingga artikel ni ditulis. Antaranya;

Bilangan Fan untuk Fitrihadi.com



Fan untuk Fitrihadi.com dalam Facebook baru je 33 orang. Haha this is not cool. Biasa-biasa je ni. Kalau fan dah beratus-ratus tu tandanya ramai orang suka blog kita. But 33 seems like kena banyak berusaha lagi. kan?


Bilangan Follower Fitrihadi.com



Erm follower baru je cecah 82 orang. Bolehlah kan cukup-cukup makan. Ratus-ratus pun tak sampai lagi. Memang kena banyak berusaha lagi untuk kejar rekod blog lama dulu. Terima kasih banyak-banyak lah pada yang follow. Sangat terharu dan sangat menghargai korang! Oh kita tengok siapa follower ke 100. Nak terjah skit :p

Bilangan Komen Dalam Fitrihadi.com



Err okay please stop the rumour that i really need huge number of comment. adess ye la. memanglah semua orang yang ada blog mesti dahagakan komen. But saya takdelah terlalu ‘gers@ng’ untuk dapat komen-komen dari pembaca. adess ni semua gara-gara artikel panas ni ar. Hampeh tul. Kan dah kena cop jadi mamat gila komen. Ada-ada je korang ni! haha

Jumlah Visitors Fitrihadi.com



Semalam baru je mencecah 10,000 visitors. Makin hari makin ramai. Tapi yang penting kena update lah. Kalau tak update, visitors datang dalam 20-30 je. Alahai… Tapi kalau boleh nak maintain sehari 100 visitors pun cukup lah. hehe

Alexa Rank Fitrihadi.com



Setakat artikel ni ditulis menunjukkan 198,178. Baru je turun bawah 200K. erm still takde apa-apa kot. Orang macam tak kisah sangat pasal alexa rank ni. So do I, perhaps. Dan yang tak tahan ni pasal Page Rank. Bilalah google nak index blog fitrihadi.com ni dalam search engine diorang? Adess tak habis update lagi ke page rank tu. Bila cek PR, hasilnya unranked je. Rasa macam… OMG! I can’t bilis dis! lol

Earning Nuffnang Fitrihadi.com



Hah malas nk tunjuk terang-terang. Nanti mesti ada yang kata nak menunjuklah. Riak lah. Taqqburrr lah.. So dah malas nak kongsi benda-benda gini secara terang-terang. erm korang scan ar gambar tu berapa hasilnya kalau nak tau. Yang bahagian atas tu belum paid dan yang bawah tu dah paid. Actually buffered earning sekarang yang masih berjalan ada lebih dari 10. Alhamdulillah memang murah rezeki blog baru ni serta blog-blog saya yang lain.

Apa? Camana nak dapat banyak Buffered Earning? Mudah je. Buatlah banyak blog yang trafik dia maintain. Boleh je dapat BE lebih sikit. Dan jangan malas ye. Melayu kena rajin! :)

Apa pun TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada semua blogger yang pernah datang ke blog ni. Setiap kunjungan korang memang menyumbang kepada rekod Fitrihadi.com ni sedikit sebanyak. Semoga rezeki korang bertambah-tambahlah selalu. Tak kiralah melalui blog ataupun dapat durian runtuh. Amin!

Dan kalau saya ada buat salah silap, terasa hati walaupun sebesar zarah tu saya mintak maaf banyak-banyak. Saya pun manusia. Ada hati dan perasaan. Mood sentiasa berubah-ubah. Jadi kadang-kadang tak dapat kawal tahap kewarasan diri tu. Apa pun, saya akan cuba menjadi lebih baik dari hari ke hari. Teringat ayat pujangga dari drama ‘Nur Kasih’ yang saya ingat sampai sekarang.

Memang kita tak boleh jadi seperti orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik.

Yang semakin busy nak ke universiti,
– fitrihadi –

(Visited 6 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Sesi Merampingkan Blog + Blog Fitrihadi.com Menjimatkan Bil Eletrik + Innit Rocks!

Comments

  1. Kuwe says:

    Good job bro. jangan galak sangat sampai lupa medical check up. Heh heh.

    1. FITRIHADI says:

      haha hari ni dah siap buat medical check up..don’t worry :)

  2. klcitizen says:

    bagusnya…
    saya hanya menumpang senyum je

    1. FITRIHADI says:

      thanks sebab sudi menumpang senyum hehe

  3. chybee says:

    mantap gile fitrihadi! :D
    keep it up bro :D

    1. FITRIHADI says:

      boleh lah hehe thanks for the support

  4. bgus2 :) nk tnye ape 2 buffered earning? pe nk buat kalo tetibe ade buffered earning bile bkak nuffnang tu? sori coz tnye suklan dak drjah 1 huhu

    1. FITRIHADI says:

      buffered earning tu iklan yang pengiklan pilih untuk letak kat blog pilihan dia.. kebanyakannya akan pilih blog yang ada visitors yang maintain dan banyak..

      kalau dapat buffered earning, just cuba tarik seberapa banyak visitors ke blog kita baru earning tu naik.. jadi kena belajar apa yang readers suka baca kat blog

  5. serol says:

    selamat maju jaya fitrihadi.com..

    1. FITRIHADI says:

      terima kasih serol-nizam.blogspot.com..

  6. Wan Perlis says:

    bukan follower hang ramai sblm ni
    ada error ka

    1. FITRIHADI says:

      dak aih..dulu memang ramai..tapi tu copy paste dari blog lama..tak bagus cara ni sebab follower lama tu tak dapat update.. jadi terpaksa bukan google friend connect yang baru khas untuk blog ni baru semuanya dapat update dalam dashboard blogger diorang

  7. MokhZam says:

    tahniah bro…tggu jugak bila la pakcik google nak update page rank ni…

    1. FITRIHADI says:

      a’ah tak larat nak tunggu dah..adoii

  8. Affan says:

    hensem ah blog ni.

    aku pun tgh berkira2 gak ni nak bertukar ke WP. tgk lah cmne nnt. hehe


LIKE KAMI DI FACEBOOK