Jun 112010
 

Artikel ini adalah repost dari blog lama saya. Yang dah baca tu boleh revision balik :)



Assalamualaikum! dan salam sejahtera untuk yang bukan Islam.. Cewah teringat masa jadi Penolong Ketua Pengawas dulu-dulu kena jadi MC perhimpunan :P

Ok kali ni saya nak share tips bagi yang baru daftar Nuffnang. Sebenarnya dah banyak entry yang cerita pasal update survey Nuffnang ni. Tapi sebab masih ada lagi yang tanya, so saya pun nak buat entry ni. Khas dari pengalaman saya sendiri. dan kalau saya lupa boleh lah refer balik kat blog saya ni.



Acap kali (dah lama tak sebut perkataan ‘acap’ tu) bila dah daftar dengan Nuffnang, masing-masing tertanya-tanya apa nak buat. Dulu saya pun ternganga jap lepas daftar Nuffnang ni. Serius tak tahu nak buat apa. Terbiar gitu je sekejap. Bila dah terbuka sikit minda ni baru saya faham pasal Nuffnang ni.

Now, saya nak share skit tips bagi freshie Nuffnanger. Saya anggap korang takde masalah lah untuk letak iklan. Cuma jangan lupa tukar Ads Preference tu kepada ‘Show Global CPC Ads’ supaya iklan berbayar akan masuk blog korang bila Nuffnang dah ready nak bagi iklan tu.



Ok dah lepas letak iklan. Ni benda wajib dan mesti korang buat selalu mengikut perkembangan blog korang ni. Survey! Ye ada dua jenis survey iaitu;
  • survey untuk blog (Blog Manager) dan
  • survey untuk profile diri korang (Blogger Profile Survey)!



Now, kita cakap pasal Blogger Manager dulu. Lepas korang dah daftar blog korang tu, Penting untuk korang beritahu pasal latarbelakan blog korang tu. Terutamanya soalan 13 tu yang mana suruh korang describe blog korang dan jugak diri korang.

So describe lah sebaik-baiknya blog korang tu serta diri korang dalam dunia blog ni. Anggaplah macam korang nak kena pegi temuduga jadi menantu. hah macam tu la korang kena ceritakan hehehe



Soalan lain tu pandai-pandai korang lah kan nak tick jawapan apa pun. Lain padang lain belalang, lain orang lain blog. hehe

.

.



Dah abis satu ‘mission in possible’! Now kita beralih arah ke ‘Blogger Profile Survey’ korang.
Ini penting ni. Saya nak bagi tips-tips yang mungkin boleh membantu korang sebelum nak jawab 4 soalan hidup mati korang tu.
  • Jangan jadi malas. Penting gak supaya korang ambik masa yang lama untuk jawab survey ni supaya minda korang terbuka luas umpama langit ciptaan tuhan. Baru korang ikhlas dan rajin untuk menjawab survey-survey ni.
  • Anggap diri korang seperti pengiklan yang nak cari tempat pasang iklan atau lebih afdal lagi boleh jugak jadi penemuduga! Baru korang boleh kaji ayat korang tu ok ke tak.
  • Buang segala cinta kepada pakwe dan makwe korang untuk 10-15 minit ni. Now katakan ‘Saya Cintakan Dunia Blogging!’.
LIHAT JUGA:  Alamak! Takde Idea Nak Blogging Ar. Abis Nak Buat Entri Apa?

Hah dah cukup berangan dah. Sekarang dengan penuh rasa berahi, penuh keghairahan dan cintanya korang pada dunia blogging, tulis lah segala isi hati korang dalam survey tu. Ada 4 soalan cepumas yang perlu korang jawab iaitu;

  • What is your occupation? – kalau korang keja pun, bagitahu je lah. tapi jangan lupa bagitahu bila korang blogging dan apa tujuan korang blogging.
  • What are your hobbies? – Hah ini korang cerita je lah segala mak bapak hobi korang. tapi apa pun jangan lupa cakap blogging ni salah satu hobi korang. dan cerita lah apa korang buat dalam dunia blogging ni.
  • What do you blog about? – ceritakan apa je yang ada dalam blog korang. Apa yang menjadi kesukaan pembaca blog korang. dan jangan lupa ceritakan berapa banyak trafik korang (jika banyak lah). Kalau tak banyak pun just cakap saya ada banyak kenalan yang suka blog saya. contoh lah kan :)
  • Are there any unique things about you that you think an advertiser should know? – a’ah ini pun penting. ceritakanlah pasal quality blog korang. Trafik, menang contest, pengalaman korang dalam blogging, apa-apa je lah. tapi jangan lah cerita pasal blog je, kalau korang dapat anugerah dekan ke, korang pernah berlakon ke belajar dalam bidang advertising ke IT ke Fashion ke boleh bagitau kat sini untuk tarik minat pengiklan supaya blog korang terpilih.

Survey ni kalau boleh update lah bila ada perkembangan terbaru korang. Supaya pengiklan boleh nampak peningkatan kualiti blog korang tu. Tuah ayam ada di kaki, tuah manusia maybe Nuffnang boleh bagi.

Apa-apa pun, kena bersabar lah. Pihak Nuffnang pun ada bagitahu saya bahawa dengan lebih 80,000 blogger yang berdaftar dengan diorang jadi kena lah tunggu giliran untuk dapat iklan. Ini je yang saya boleh bantu. Selebihnya terserah pada korang.

Akhir kata, Happy blogging with Nuffnang!

Yang suka lagu Lady Gagal,
– fitrihadi –

(Visited 28 times, 1 visits today)

Comments

  1. TNSkY says:

    heee..thanks for da info bro =_=

  2. Nina Juliana says:

    sharing is caring btw.. i dah follow blog ni.. interesting..

  3. tips-kurus says:

    oooo… begitu cara jwbnye.
    bro, i nak link bole? credits & TQvm 4 u in advance :-)

  4. Mus says:

    aku selalu uat tak kesah dengan survey ni… skarang baru tahu

  5. mia liana says:

    terima kasih di atas perkongsian ini…

  6. aran says:

    nice infofotemes heheehe

  7. mikeon9 says:

    aku anti gila dengan nuffnang. iklan nuffnang selalu gila up kat blog aku tapi kalau check kat nuffnang account aku, satu buffered pun tak tersenarai. tak faham aku.

  8. che sayzzuwan says:

    Urm thnx cz berjaya tlg saya improve ttng nuffnang ini…=)

    http://duniadalamjaket.blogspot.com/

    1. FITRIHADI says:

      no hal ar.. harap2 dapat tolong apa yang patut :)

  9. Amir Farid says:

    thanks for the tip


LIKE KAMI DI FACEBOOK