Jun 022010
 

Selama saya berblogwalking sehari dua ni ada banyak protes dari blogger-blogger Malaysia tentang kekejaman tentera Israel yang menyerang konvoi kapal bantuan ke Gaza. Walaupun israel ni cuba tutup bangkai gajah dengan tisu tandas, tapi seluruh dunia tahu kebenaran dan kebusukan bangkai tersebut. Dah jelas lagi nyata kita boleh nampak bangkai gajah tu atau hakikat sebenarnya. Sudah-sudah ler tu encik israel oit..

Di bawah ni adalah beberapa artikel menarik dari blogger tempatan tentang reaksi diorang terhadap kekejaman israel. Dan ada gak info yang perlu kita tau tentang Israel yang ada dalam artikel-artikel di bawah ni:

1. [Video] Gaza Flotilla Diserang Atas Dasar Mempertahankan Diri?

2. Konvoi Freedom Flotilla di Mavi Marmara diserang Israel – ALLAHU AKBAR

3. Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Serangan Zionis Terhadap Flotilla Gaza

4. (Terkini) Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza

Dan hari ni dalam akhbar Metro melaporkan semalam ada tunjuk perasaan memprotes kekejaman Israel dengan gambar depan yang memaparkan aksi penunjuk perasaan dalam perhimpunan tersebut. Berikut ialah sedikit petikan dari Akhbar Harian Metro:

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 orang berkumpul secara aman bagi membantah dan mengutuk kekejaman Israel terhadap kumpulan misi kemanusiaan ke Gaza, di depan bangunan kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, di sini, semalam…

A’ah nak baca artikel penuh gi beli paper Harian Metro…ini bukan blog copy paste ye hehe

Memang kita perlu mengutuk a.k.a membenci keganasan Israel ni. Mengutuk bukan bermakna caci tak tentu hala sampai keluar perkataan tak sepatutnya tapi kita tunjukkan benci kita pada keganasan tu. Masih ada yang tak faham konsep ni. Mengutuk tu bermaksud melaungkanlah protes menggunakan ayat yang sopan tapi masih ada mesej kebencian tersebut. Itu barulah Islam yang memperjuangkan Agama dan keamanan. Bila berlakunya perhimpunan menentang atau menyokong sesuatu, itu menunjukkan kita ni bersatu atas sesuatu perkara atau hak kita sebagai seorang manusia.

Dan lagi satu, tak perlu lah nak buat page di facebook tentang Hate Israel atau Boikot Israel. Lagi korang layan facebook tu lagi untung israel ni. Mark Zukerberg tu memang keturunan israel. dan dah menjadi dasar israel untuk meminta dana dari setiap bangsanya yang berjaya. Jadi, kurangkanlah menggunakan Facebook tu. Sanggup?

LIHAT JUGA:  Kisah Sebenar Anak Yang Cintakan Bapa Sendiri Sampai Mengandung

Tertarik dengan banner ni dan juga artikel (Sila klik banner atas ni) yang menyuruh kita menentang keganasan Israel!


Akhir sekali, kalau nak tunjuk perasaan tu berpada-pada lah..tak perlu nak kelar badan macam sorang mamat pakistan tu seperti Harian Metro laporkan hari ni. Dan kalau nak tunjuk perasaan tu biarlah betul caranya.

Yang membantah kekejaman Israel ke atas saudara seagama kita di Gaza,
– fitrihadi –
(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

  1. nf says:

    memang lucah -.-
    hadoi la… hahaha :D
    .-= nf´s last blog ..Senarai peribahasa Karam Singh Walia, sumpah lawak! =-.

  2. acaPAWN7 says:

    Uik, aku rase last pic tu mcm kurang sesuai je ltk kt sini.. Mcm memburuk2 kan org Islam, huhu..

    Tak tau la samade gambar tu di photoshop atau tidak..isk

    1. FITRIHADI says:

      erkk ye ke?? gambar tu memang betul..takde edit pun

  3. naem says:

    ya…kurg tpt dgn cra islam..

    1. FITRIHADI says:

      dah edit bro..thanks sbb beri pendapat

  4. meoramri says:

    setuju dengan pendapat anda.

    1. FITRIHADI says:

      terima kasih :)

  5. erynn says:

    Ini bukan tunjuk perasaan namanye…ini namanye x berperikemanusiaan…tb2 je ryn terbayang…adakah disana tempatnye kebangkitan Dajjal….takut nye..walllahualam..and semoga kite sume terpelihara dari semua ni…
    .-= erynn´s last blog ..Melaka Maju 2010.. =-.

  6. fndrocka says:

    biar guna otak..bukan membuta tuli, iye tak?

    Latest Entri : Kisah Kapal Mavi Marmara

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu :)

  7. ariff says:

    thanks for the link =)
    .-= ariff´s last blog ..Bila Fida Aishah Ajar Aku Buat Nasi Lemak =-.

    1. FITRIHADI says:

      my pleasure :)

  8. Wan Perlis says:

    mark tu bukan jerman ka?
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah =-.

  9. Amir says:

    terima kasih untuk backlink di atas..

    berfikiran waras la kita sbg umat Islam. jangan terlalu emosi. fikir baik buruk setiap tindakan.
    .-= Amir´s last blog ..Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin? =-.

  10. uvais says:

    why now my fellow muslim?
    check2 blog2

    1. FITRIHADI says:

      bro..benda ni dah lama saya bincang..sejak awal tahun lagi.. malah dalam asignment pun saya gunakan isu yahudi ni. bro bleh tgk link bawah ni.

      Kontroversi Barat dan Yahudi


LIKE KAMI DI FACEBOOK