(Tips Lengkap) Citarasa Blog Pilihan Majoriti Blogger
*Artikel ini adalah repost dari blog lama saya dan ada sedikit editting untuk kesesuaian zaman. Sekadar berkongsi :)
Sebenarnya dah lama saya nak share pasal benda yang merimaskan majoriti blogger semasa diorang blogwalking. Memang hakikat hidup ni; tak semua benda yang kita buat tu orang suka. Walau apa pun, memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik. Kan?
Point-point yang saya kumpul ni bukan saya saja yang rasa rimas tapi ramai bloggers lain turut sama merasa. Jadi saya kutip apa yang diorang semua tak suka dan buat satu rumusan di sini. Jom belajar apa yang kebanyakan blogger tak suka pada sesuatu blog;
* Autoplay music – ini yang paling ramai blogger tak suka. korang bayangkan suasana yang aman, nak cari idea blogging serta nak rilexkan minda tiba-tiba masuk blog korang meletup speaker sebab ada autoplay music. dah hilang mood nak baca blog korang. Adoii

* Terlalu banyak widget – ada dua implikasi. satu; blog korang lambat nak upload. Jadi lebih baik close je dari tunggu lama-lama. Kedua; blog korang akan nampak serabut. Oleh sebab itu, kurangkan widget dan script yang tak berapa penting sangat ok. Tambah-tambah jam. Oh dan banner dari adiwidget tu buang je la sebab banner tu akan link free-free ke blog dia dan buat blog korang berat. Sanggup?

* Warna tak menarik – ini macam header yang tak menarik ke, warna blog macam orang tak sihat ke atau warna yang buatkan tulisan tu tak nampak. ini pun buat blogger jadi rimas nak baca blog korang. Gunalah warna yang agak mudah skit untuk dibaca contohnya background cerah guna tulisan gelap and vice versa…

* Widgeo counter – widgeo counter ni berfungsi untuk kira jumlah visitor ke blog korang. tapi ini salah satu coding script yang buat page korang lambat nak upload. bukan tu saja, kengkadang kalau klik mana-mana blog yang ada widgeo counter ni akan keluar pop-up window yang betul-betul merimaskan dan mungkin akan ada iklan yang ada perempuan separuh bogel tu. erk…

* Iklan tergantung – maknanya kalau letak kat bawah sebelah kiri tu maka kat situ la tak kira page tu naik atau turun bawah. Iklan gitu macam sedikit mengganggu pembacaan. Lagipun ada blogger yang guna saiz screen yang kecik. Jadi dah mengganggu pembacaan diorang.

* Nama blog yang panjang – kalau panjang sangat pun tak ok sangat sebab boleh buat orang lupa dengan alamat blog korang. Carilah nama yang simple dan unik serta boleh buat orang ingat nama blog korang. Lagi pendek dan unik lagi bagus! Senang cerita guna je nama korang dan bapak korang!

.
.
Okay.. dah habis cerita pasal hal layout dan rupa sebuah blog. sekarang kita bincang pula pasal penulisan yang merimaskan pulak;
* Takde gambar – kalau menulis tu letaklah gambar sebab mata manusia memang tertarik pada objek. bukan huruf. jadi bila letak gambar baru nampak ada keseimbangan alam. bayangkan dunia ni digantikan dengan huruf. korang tengok laut, bukan ada air tapi huruf L.A.U.T. hah best tak?
* Takde perenggan – rajin-rajinkanlah diri korang untuk tekan enter tu. biar ada perenggan baru nampak ada ruang untuk bernafas dalam blog korang. Biar ada space antara perenggan baru tak sesak nafas

* Align center – ni lagi satu habit yang agak pelik bila nak menulis. Kenapa nak guna align yang center bila bercerita? Dah macam menara KL je. Tak cool ok. Lebih baik guna align justified atau align left. Lagi kemas dan teratur. Baru sedap mata memandang.

* Tulisan kecik sangat – napa nak tulis kecik? kesian kat mata kitorang yang ngadap screen separuh hidup kitorang.. ok korang tengok kat ruangan korang tulis address kat browser korang. jadikan itu guideline untuk size tulisan korang. lagi besar dari itu takpe je. jangan kecik dari size tulisan kat tempat nak tulis address bar tu. ok?

* Tulisan warna warni – guna satu dua kaler dah a..bila dah banyak tu nampak bling bling je..memang nampak kewl tapi macam ntah la. susah nak cakap a.

* Tulisan kecik dan besar – apa motif nak tulis kecik dan besar. kan menyusahkan diri. takpe kitorang faham je tulisan korang kalau tak buat tulisan kecik besar tu. kalau size sama besar sama kecik kan senang dan lagi kemas. Penat je mak bapak korang hantar gi tadika kemas, bila besar tak kemas-kemas lagi.

* Tulisan CAPSLOCK – okay kalau tanak tulisan kecik sangat pun tak perlulah besar kesemua nya. Yang penting kena lah selesa untuk dibaca. anggap blog korang ni macam komik. Rilex2 je tulis ayat tu.. tak perlu capslock semuanya

* Banyak titik – bila banyak sangat titik nampak macam boring dan suram je entry korang. napa nak letak banyak titik. cukup la letak satu titik. kalau agak-agak macam ayat tu tergantung boleh a letak 3 titik. jangan sampai letak 30 titik lak. tak sesuai untuk kesihatan a

* Ayat gedix – alah macam kowang, wit, wat, gilerz, celebr8, fit3, eh nama saya pun masuk gak. hehe macam tu la ayat yang gedix dan manja. ayat macam dia je yang faham. Kitorang pun boleh faham gak tapi itu akan mengambil masa dan merangsang penggunaan tenaga otak yang berlebihan sikit ar. hehe

.
.
Selain itu ada juga beberapa sidekick yang perlu korang ambik perhatian untuk blog korang seperti;
* Comment verification – ada baiknya korang off je sebab leceh untuk bloggers nak isi verification code tu. don’t worry..kalau takut spam korang ON kan je lah comment moderation tu.. boleh pilih comment mana yang ‘legal’ sebelum dipublish..

* Pop-up window comment – nampaknya sekarang ni blogger lagi suka pop up window kerana senang untuk diorang komen sambil membaca entry korang. sometimes ada masa lupa gak comment yang nak ditulis boleh refer entry tu dengan senang. dan jangan sesekali pilih full page. Majoriti blogger tak suka ar comment full page ni.. ye lah sebab tak dapat baca sambil komen dengan serentak

* Who can comment? – lebih baik letak anonymous sebab bagi yang bukan pengguna blogspot, seperti yang ada blog .com, diorang tak boleh comment kalau korang tak letak anonymous. jadi benda ni pun kena beri perhatian jugak.

* Read more – kalau siapa-siapa rasa blog dia tu berat boleh ar guna function ni. Cuba bayangkan nak load 5 full entry, memang ler berat. kalau buat read more hanya separuh page tu akan di load. jadi dah jimat masa loading tu… dan siapa minat nak baca suatu entry tu, dia tekan je la read more tu.. tak minat tak payah baca. Dia tak rugi, korang pun tak rugi…ok?
Okay itu je himpunan kisah ciri-ciri blog yang merimaskan. Moga korang yang baru belajar blogging tu dapat ambil iktibar dan belajar. err nak tengok contoh blog yang merimaskan tak? gi terjah blog canggih budak kacak ni. hehehe
P/s: ini bukan teguran tapi lebih kepada perkongsian idea sesama blogger. Terpulang pada korang nak ikut ke tak. Kengkadang ugly can be beauty and vice versa. Jadi tak perlu sentap k.
Yang masih belajar,
- fitrihadi -


BadBoy
Thanks bro..haha
BadBoy recently posted..Sembang-Sembang BadBoy
FITRIHADI
you’re welcome :)
FITRIHADI recently posted..I Dah Kata Dah Diorang Ni Patut Kena Terjah Je!
iniAKU
haha,fit.
tetibe aku trase.cmne nieh? :P
iniAKU recently posted..Follower? Ape Jadahnye Benda ni?
FITRIHADI
eh tak perlu terasa lah..just kena belajar je.. takpe slow2 ar..nanti lama2 boleh faham ar camna nak buat yang selesa mata memandang. buat blog ni pun macam gi sekolah gak :)
FITRIHADI recently posted..Keputusan Kemasukan Pengajian Ijazah Dah Keluar. Saya Dapat…
sukiminna
nice tips. pasal yg tulisan beso kecik tu dlu time awal2 blogging aku ske sgt buat. Budget konon typografi ar. macam dlm magazine ..kan ade yg big fonts at the start of article tu. pastu makin lama melarat smpai kat tgh2 sume ade. nek pening pala aku sendiri nak bc. haha
popup ads. gile aku mmg xske mende ni! elok2 bkk satu browser tup2 kuar 3 4 kat dpn. trus aku tutup blog tu!
oh maybe sumting else boleh masuk klu dlm my own prefered list. dont put tooooo much ads. kdg2 aku masuk sstgh blog. ads penuh dari atas smpi tgh .. kena scroll byk2 baru jupe real post. people intentionally don come to our blog to read ads.
its not like im against ads. aku pun letak ads kat blog tp plis letak ads smartly macam bro fit ni kan. kat tepi2 sket. kat atas sket. takde la rimas sgt . n klu bley jgn la byk sgt iklan yg bekelip2.sakit mata~ argh
sukiminna recently posted..Sepetang dengan Olympus e620
FITRIHADI
hehe a’ah kalau nak tarik visitor kena ar buat blog yang selesa untuk diorang baca. kalau ada iklan pun kena susun elok2.. thank sebab baca this artikel :)
FITRIHADI recently posted..Mari Mengenal Watermark Dan Trademark Fitrihadi.com!
ravishingpeacock
nice tips. nt kalo de problem psl blog leh tnye x?huhu
ravishingpeacock recently posted..New Updates : Candy Canes
FITRIHADI
ok bleh je..no hal :)
BadBoy
haha…nice tips. Bro komen sikit pasal blog aku. apa yg kurang dan apa yg terlebih. aku sedia terima kritikan. Tolong ok..
BadBoy recently posted..Buang Navbar
FITRIHADI
err rasanya buang ar apture bar kat atas tu dan juga widget youtube video tu.. kurang skit page load blog tu..
err banner palestin dari adiwidget tu buang ar.. macam saya kata dalam artikel ni “banner tu akan link free-free ke blog dia dan buat blog korang berat. Sanggup?”
dan iklan nuffnang tu letak ar tiga2..kot ar ada pluang dapat iklan..kang terlepas lak kalau tak letak code nuffnang tu.. ok?
FITRIHADI recently posted..(Freshie NUFFNANG) Camna Nak Jawab Survey Nuffnang Dengan Betul?
Sir Marcello
hehehe..edisi lengkap…nanti kalau aku malas nak tulis tips…leh lah suruh member2 yang baru nak masuk blogsphere usha entry nie..huhu
aku sampai sekarang tak dapat nak match kan coding readmore ngan template mystique…ada saja yang tak kena…
Sir Marcello recently posted..Lunch Di Pawagam
FITRIHADI
ye ke?? erm tukar template ar. kalau tak letak read more takut page load slow je.. kalau laju takde masalah..tak letak pun takpe
lizz
setuju dengan semua!!!!hahahaha. blog auto music tu selalu bikin ku ta jadi nak baca :(
lizz recently posted..Perasan Tak Dunia Blogging Tak Macam Dulu Dah?
FITRIHADI
a’ah memang ramai blogger tak suka autoplay music tu
Azfarul
Tu diaa!!
Nice tips !!!
Azfarul recently posted..Jom Cuba Mangga Ads!
FITRIHADI
hehe thanks sudi jenguk
ReD
patut la terasa macam ku kenaaal je entry ini..wahahahah ;p
apa cter la budak tu skrg kan???Still emo2 ngan fit lagi ker?
ReD recently posted..~ TOLONG AJAR ANAK ANDA BERDIKARI JIKALAU TIDAK MAHU MEREKA MENANGIS DI KEMUDIAN HARI ~
FITRIHADI
haha entry repost je ni..kalau tinggal kat blogspot tu memang terbiar berkulat ar :)
budak tu??ntah..dah majuk kot :p