May 062010
 

Selamat hari-hari!

Entry ni saya nak share tentang cara nak jaga bateri handphone. tips ni saya dapat dari majalah senarai harga handphone.

Oh tips jaga bateri handphone tu ye? takdelah susah sangat;

  1. Jangan guna handphone sampai bateri habis langsung atau terpadam terus! tak baik untuk kesihatan bateri tu.
  2. Selalulah cas bateri lithium tu. Takde masalah pun kalau cas masa guna handphone atau masa bateri hampir-hampir nak habis. handhone china cikai tu tak jamin a. kang jadi kes bateri meletup lak. jadi, belilah yang original!
  3. Kalau tak guna handphone untuk jangka masa panjang, keluarkan bateri tu dan letak kat tempat yang kering. pastu cas sebanyak 40% sebelum simpan.
  4. Elakkan bateri tu kena haba yang hangat macam hotfm tu. bahaya! kang meletup tak pasal2 rentung muka tu :p
  5. Masa mula-mula beli tu cas tiga jam pun dah cukup. yang cas lapan jam tu sebenarnya untuk nikel metal hybrid (Ni-Mh) dan nikel kadmium (Ni-Cd) ja. Bateri ni jenis bateri zaman dolu-dolu tu
LIHAT JUGA:  (Tips) 2 Cara Cegah Modem Dari Rosak Kena Kilat

 

Selain tu ada beberapa info menarik pasal bateri handphone ni;

– jangka hayat bateri bukan bergantung kepada cara anda guna, tapi kepada bahan buatan bateri tu. ni ramai yang salah faham.

– jangka hayat bateri lithium adalah 2-3 tahun. tak kira la pakai ke tak. sebab tu makin lama handset korang cepat ja mampus, bukan sebab banyak bergayut dengan makwe, tapi sebab dah memang pe’el bateri tu macam tu.

apa-apa pun jagalah handphone korang cam jaga anak sendiri. jangan dok baling bila marah (ni tabiat pelik orang malaysia), jangan letak handphone kat tepi-tepi meja kang jatuh, kesian.. handphone pun ada hati dan perasaan gak. kalau korang layan diorang buruk alamatnya cepat je handphone tu nak perah poket korang haha jumpa lagi!

yang ada handphone mahal tapi jarang berkokok,
– fitrihadi –

(Visited 157 times, 1 visits today)

Comments

  1. Wan Perlis says:

    thanks for the tips
    aku off hp 12am-0630am

    1. FITRIHADI says:

      oh bagus a.. jimat skit bateri tu heh
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(KFC) Khas Untuk Peminat Iron Man Yang Tengah Kuciwa.. =-.

  2. rasanya hp paling tahan lasak: nokia 3310 (ke, 3330? ok, tak ingat~ ngeh3x). tp, klu org keje site-mmg suka pakai hp tu-lasak babeh!

    1. FITRIHADI says:

      a’ah ye a..memang lasak sangat..tak mudah rosak..kat utara orang panggil nokia 33 sekupang.. hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Cara Paling Gila Nak Pekena Kawan Korang (Edisi Budak Universiti dan Kolej!) Hahahaha… =-.

  3. syani says:

    Thanks for the tips!
    .-= syani´s last blog ..Jangan Makan Panadol Lagi!!! =-.

    1. FITRIHADI says:

      my pleasure misz syani
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(KFC) Khas Untuk Peminat Iron Man Yang Tengah Kuciwa.. =-.

  4. sian h/p tu ye…selalu disalah gunakan…thanks for the info..info yg no.2 tu baru nie tahu…
    .-= [Kazaztan Team]´s last blog ..Kami Pergi Holiday =-.

    1. FITRIHADI says:

      thanks for coming :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(KFC) Khas Untuk Peminat Iron Man Yang Tengah Kuciwa.. =-.

  5. yaty says:

    hehehe..
    patut lar mkin lama mkin pendek umur je bateri handphone..
    mmg gitu rupenya ek..
    =)
    .-= yaty´s last blog ..Snow Snow.. =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah handphone mak saya yang bertahun-tahun tu pun dah beberapa kali tukar bateri..sebab kuasa dia makin kurang…dulu guna 3310…sekarang guna handphone ada lampu suluh lak..hehehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Contest: Bila Blogger Bercuti! =-.

  6. fina fento says:

    gitu rupanya..selama 6 tahun pakai hp, salah rupanya amalan sy (_ _”)
    .-= fina fento´s last blog ..Penipuan telefon bimbit di China dah tersebar ke Malaysia =-.

    1. FITRIHADI says:

      oh takpe lepas ni boleh ar guna bateri handphone dengan betul :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(KFC) Khas Untuk Peminat Iron Man Yang Tengah Kuciwa.. =-.

  7. eddy dy says:

    mmg dah macam tu..apa nak buat…2 tahun pun dua tahun la…nice info..yang bab keluarkan bateri kalau x pakai tu x pernah plak buat….stay jer dalam hp…
    .-= eddy dy´s last blog ..JPN: 274,303 ALN TAHUN 2000-2009. =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah dua tahun..biasa a tu nak suruh beli yang baru hehe :p
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Cara Paling Gila Nak Pekena Kawan Korang (Edisi Budak Universiti dan Kolej!) Hahahaha… =-.

  8. miera says:

    woo
    bgs bace ni
    kbetulan br tukar phone
    huhu

  9. pilotHans says:

    aku daa tak kisah daa..hp SE aku mmg tiap2 ari kene charge…nak jaga ni leteh laa…..hp bat skrang ni patut last mcm nokia hp lame2 dulu…8210 aku dulu pun tahan 3-4 hari..haih..

  10. […] BACA JUGA: Tips Nak Jaga Bateri Handphone Untuk Zaman Sekarang! […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK