May 162010
 

Rakyat Malaysia sekarang ni masih lagi minda kelas ke-3. Siapa setuju? Agak-agak, korang ni minda kelas ke berapa? Layak ke nak letak minda kita di kelas pertama. Sila tepuk dada, tanya selera.



Memang perlu diakui tak semua orang baik itu baik selalu, dan tak semua orang jahat itu jahat selamanya. Apa pun yang membezakan kita hanyalah niat dihati. Tapi sekeras-keras niat di hati tu tetap akan berubah gak suatu hari nanti. Sedangkan batu pun boleh dipengaruhi oleh air, inikan pulak hati manusia yang lemah longlai. Lagilah senang untuk dipengaruhi.

Perubahan… Kalau kena dengan konsep hijrah iaitu berubah dari buruk ke baik, takpe gak. Tapi yang bahayanya bila dipengaruhi ke arah yang lebih buruk. Tengoklah sekarang ni banyak kes buang bayi. Puncanya siapa? Ibubapa haram kepada bayi tu ar. ye ibubapa haram ar.. cakap kat anak tu anak haram boleh pulak..now we can call them ibubapa haram plak..boleh?? uhh panas panas..



Tak cukup dengan tu, kita tengok kes rasuah yang disiarkan dalam berita TV. Dah siap terang-terang kena tangkap dengan pihak berkuasa, berani lagi nak hulur seribu dua untuk lepaskan diri. Takde sifat malu langsung. Ingat Polis zaman sekarang sengkek sangat ke? Dengan elaun dan gaji yang tinggi tak payah mimpi la nak hulur duit ciput tu. Nampak sangat korang yang bersalah ni takde akal. Tak cukup dengan satu kesalahan korang gi tambah lagi..tak ke bodoh tu? Ni sah terpengaruh dengan filem-filem kongsi gelap dari Hong Kong. Cukup-cukup le tu..

Panas?? Ok kita cool down skit. Pekena Air Jambu Batu Ais memang superb gak time panas-panas gini heh.. Antara lain contoh rakyat Malaysia ni mudah sangat terpengaruh:

1. Piala Thomas dan Uber baru je habis, kan? Korang tengok ar lepas ni berapa ramai yang start main badminton. Konon-konon nak tewaskan Lin Dan lah, nak try skill killer Lin Dan lah dan tak lupa juga yang main sebab jatuh cinta dengan Lin Dan. Adoii geli den.. udah-udah le tu.. mu minat Lin Dan pun, bukannya Lin Dan nak minat mu pun. Mengabihkan bogheh jo. minat den ni pun dapek gak pekdah nyo..kekeke



2. Lepas tu korang tengok ar motor atau kereta siapa-siapa. Kalau jenis yang mudah terpengaruh tu takdenya dia nak biar kereta atau motor dia skema je sampai tua kerepot. Bagi mat motor, pantang tengok motor orang lain pakai single seat, pakai footrest racing, pakai rantai dan sprocket emas, paling koman pun pakai skru plat number yang berkaler tu.. hah motor dia pun nak sumbat jugak!! Bagi mat-mat kereta plak, kalau tak tukar sport rim tak sah! padahal bayar bulan-bulan sangkut..adoiiii



3. Blogger. erm apa ye? Dulu heboh pakat kata “orang nak ada blog dia pun nak ada blog”. Bila Redmummy dan Irine Nadia yang cun tu keluar paper, mulalah masing-masing berkobar-kobar semangat tu nak berblogging..ok tak salah.. tapi cara nak blogging tu kena ar betul..jangan main copy paste je..cuba buat artikel yang lahir dari hati korang..bagi feel dan perasaan skit kepada artikel tu, biar ada hikmah dan isi sikit dan kalau nak letak gambar sendiri tu, biar segak skit, baru blog korang ada umphhh. (tips penting ni!)


Contoh gambar tak segak haha segan den :p


DAN.. jangan fikir lepas sehari berblogging dah boleh dapat seringgit atau pun sepuluh ringgit. takdenya macam tu.. selalunya makan masa bertahun-tahun baru boleh dapat beratus ringgit..itupun kalau blog korang bertahan ar.. Selalunya usia 3 bulan pertama diangap penting bagi sesebuah blog tu untuk dinilai kejayaannya.. Kalau takde sambutan dan peningkatan, apa lagi?? hi hi bye bye lah jawabnya. alah banyak lagi keja yang lumayan kat luar tu. Blogging ni setakat duit celah gigi je. Lainlah kalau korang berniaga melalui blog. Fikir-fikirlah…

Rasanya cukup ar tu.. kang tulis panjang-panjang, takde sapa nak baca lak.. Lagipun blog ni bukan blog membebel.. ini just blog nak buat orang bahagia je..adoii dah keluar dari tema blog pulak artikel ni.. sorry ek.. FYI, ini percubaan pertama untuk bincang suatu topik secara serius dalam kelakar..kalau dapat sambutan boleh ar nak membebel lagi. ok? jangan marah arr.. wassalam..

Yang terpengaruh nak kuruskan badan ‘chubby’ ni,
– fitrihadi –
(Visited 66 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Bila Adinda Evans Mengaku Pernah Main & Tiada Dara. Apa Nak Dihairankan?

Comments

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Fitri Kacak. Fitri Kacak said: Serius dlm kelakar – Rakyat Malaysia Minda Kelas Ke 3 Dan Mudah Dipengaruhi? http://fitrihadi.com/2010/05/rakyat-malaysia-minda-kelas-ke-3/ […]

  2. ery farieha says:

    hurmmmmmmmmmmmmm…
    no komen.
    wakakakak
    tp tetap nk menyemak
    =P
    .-= ery farieha´s last blog ..LELAKI KAT MALAYSIA MEMANG BUTA !! =-.

    1. FITRIHADI says:

      boleh je nak menyemak.. tak kena bayar pun hehe

  3. kenwooi says:

    lol.. so.. malaysians like to follow? =P

  4. Kie-yu says:

    erks.
    ada benarnya entri ni
    harap2 kita tak termasuk dlm golongan2 negatif ni~
    .-= Kie-yu´s last blog ..Nuffnang: 10 Soalan Popular (FAQ) =-.

    1. FITRIHADI says:

      ye sama-sama kita muhasabah diri

  5. Sylarius says:

    Dari zaman aku bebudak sampai ke besor, kalau tak meniru gerenti orang cakap tak cool. Dah lepas tiru, mengaku dia la yang pertama. kehkehkeh =p
    .-= Sylarius´s last blog ..Che’gu =-.

    1. FITRIHADI says:

      haha rasanya semua orang pernah meniru..saya pun pernah :p

  6. setuju…kdg2 tu buat ssuatu perkara x pikir pun ape akibatnya…
    .-= [Kazaztan Team]´s last blog ..Mereka yang Berjasa =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah bila dah dapat akibatnya baru nak menyesal

  7. bH says:

    kesian rakyat malaysia
    .-= bH´s last blog ..Apabila Darah Tidak Sampai Ke Otak =-.

    1. FITRIHADI says:

      memang kesian..

  8. ReD says:

    ermmm…pasal buang bayi tu…org cmtu bukan minda kelas ke-3,minda org x pergi kelas! suh pergi sekolah x mau. ponteng.muahaha..
    .-= ReD´s last blog ..~ SAH! ADA KETUMBUHAN PADA KEPALA AKU ~ =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul gak tu hehehe

  9. ajuera says:

    rakyat kita ni bkn mdh terpengaruh aje..tp ske meniru..org nk mcm ni..dia nk jgk..tp x de kemampuan..huh!mcm2 laaa
    .-= ajuera´s last blog ..BILA KITA SAYANG ORANG TU =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah macam-macam ar skarang ni.. kalau ke arah kebaikan takpe gak..tapi kebanyakannya lebih kepada keburukan

  10. aien says:

    sedih dgn perkara2 yg tak patut berlaku skrg…
    minda kelas pertama.. mcm mana nk realisasikan tu kalo ramai yg tak paham…

    ibubapa haram? hmmm… boley diterima.. hehehe
    .-= aien´s last blog ..bosan dengan sempurna =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah masing-masing tanak dengar kata. bila dah tarhantuk baru nak mengadah.. adoii

  11. serol says:

    tiba2 last part tu pasal blog lak..recently kawan2 aku pun ada ramai yg baru buat blog jugak.. Tapi kalau meniru kearah kebaikan takpe, jgn sebaliknya..hehe.

    lain je stail ko tulis entri ni..bereksperimen ek..
    .-= serol´s last blog ..Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar) =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah bereksperimentasi skit hehe cam tak best je buat artikel gini..

  12. matjoe says:

    aku setuju, mmg minda stil khelass ke 3

    1. FITRIHADI says:

      a’ah apa pun kita boleh memperbaiki diri untuk jadi yg lebih baik

  13. Sir Marcello says:

    saya tak setuju tang moto tue!!!! warghhh…aku mmg make up moto berdasarkan obesrvation…ada duit..aku buat lah..xda buit..aku ronda2 usha awek jer…heehe
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Kenapa Cikgu Tempeleng Saya? =-.

    1. FITRIHADI says:

      haha ye ke??takpe..masing-masing ada niat tersendiri..oh usha awek tak ajak orang..hehe

  14. Ali says:

    piece of crap!

  15. MC says:

    hah…
    aku pun terfikir juga kenapa rakyat malaysia macam nih….
    sebahagian ayat kat atas ada kene mengena ngan aku sikit..hehe
    .-= MC´s last blog ..Mahkamah Agung Reject Permohonan Aku! =-.

    1. FITRIHADI says:

      ye ke??tapi saya pun ada gak terkena dengan ayat atas tu..bab moto lah..orang lain nak saya pun nak jugak hehe minat punya pasal..duit abis tergadai semata-mata motor adoiii
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan [Versi Fitrihadi] Part 1 =-.


LIKE KAMI DI FACEBOOK