May 232010
 

Setiap orang ada fon masing-masing. Ada yang guna fon sekadar untuk bercakap dan sms. Ada yang guna untuk ambik gambar bogel dan MMS dengan kekasih masing-masing. Ada jugak yang guna fon untuk kerja pejabat dan internet. Dan ada yang guna fon untuk berhibur seperti dengar radio, dengar Mp3, tengok TV atau tengok video lucah. haha banyak sungguh perkataan kena potong. ye potong potong potong!

Artikel kali ni fit nak bongkar sebuah lagi handphone selepas membongkarkan rahsia handphone Lg Cookie KP500. Henfon yang saya kira agak sempurna dan berbaloi untuk dimiliki adalah telefon bimbit Nokia E63. Untuk pengetahuan korang henfon ni dikeluarkan selepas Nokia E71 yang mana spesifikasi asal dari Nokia E71 dikurangkan untuk menurunkan harga Nokia E63 kepada harga mampu milik.



Apa yang bestnya handphone Nokia E63 ni? Pertama, yang saya paling suka adalah fungsi wi-fi nya. Lagipun inilah sebab utama saya membeli henfon ni. Ia dilengkapi wi-fi seperti smartphone yang lain. Kemudian faktor kedua saya membelinya adalah kerana harganya yang paling murah dalam kelas telefon bimbit pintar. Harga yang saya beli pada bulan April 2010 adalah RM630. Boleh kurang lagi ni. Murahkan??

Design Nokia E63 ni lebih tebal dari E71. Sebab tu lebih murah dari E71. Tapi kualiti casingnya telah dipertingkat dimana cover belakang menggunakan permukaan getah yang tak bercalar. Manakala, cover depan menggunakan plastik berkilat yang kelihatan agak ‘exclusive’ dan stylish. Memang cun ar. Tak seperti Nokia E71, Nokia E63 ni takde button control volume di bahagian tepinya. So dah jimat harga bila buang button tu.

Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah ia dilengkapi papan kekunci penuh (QWERTY). Jadi memang mudah untuk menaip dokumen, sms, nota atau apa saja catatan yang korang nak. Kamera masih lagi berkapasiti rendah iaitu 2 megapixel tetapi dilengkapi lampu flash. Oh disebabkan ia dilengkapi lampu flash maka ia dapat juga berfungsi sebagai lampu suluh. Hanya tekan 2 saat button space dan lampu akan dihidupkan. Memang mudah! Lubang earphone adalah standard 3.5mm di mana korang boleh juga sumbat earphone yang biasa didapati di kedai walkwan.


Dah search kat google, takde gambar model cun yang pegang Nokia E63 ni. Jadi, korang tengoklah model macho tapi hancho ni :P


Selain tu, Nokia E63 juga menyokong panggilan video dan penerimaan 3G. Disebabkan ia adalah telefon symbian, maka ia dapat dipasang (install) perisian-perisian yang best antaranya youtube (layan video sampai muntah kari), opera mobile (blogwalking sampai bengkak jari), Tweets60 (tweet sampai tak sedar diri) dan macam-macam lagi perisian dari Ovi Store. Semuanya mudah jika ada wi-fi! Cayalah!

Jika anda seorang blogger atau penulis, maka Nokia E63 memang berbaloi dimiliki kerana bagi blogger bolehlah compose entry korang melalui henfon ni dahulu dan berblogginglah sampai alexa rank korang naik ke rank pertama! Ada bran? FYI, korang boleh menulis dan menyimpan file word (menggunakan QuickOffice) seperti mana korang menulis di Microsoft Word. Ia menyokong file .doc dan .docx (word 07). Dan yang membuat ianya berbaloi bagi seorang pelajar universiti adalah ia dilengkapi Adobe reader. Jadi amat sesuai bagi korang yang menelaah nota pelajaran melalui file .pdf dan nak download nota pun senang sebab ada wi-fi.

Oh jangan nak menggatal suruh henfon ni jadi toyol dalam dewan exam..tak baik woo..markah korang dapat tu tak berkat nanti hehe



Maklumat tambahan: memori terbina 10MB, memory card micro SD maksimum 8GB, 11 jam masa penggunaan dan 432 jam masa tanpa penggunaan. perghh memang tahan lama ar bateri tu. Itu yang bestnya Nokia ni. Fungsi multimedia pun not bad. Ada radio, real player, mp3 player dan macam-macam lagi. Oh bluetooth pun ada, dont worry! Pastu apa lagi ek.. Tu je kot yang saya nak kongsi selepas sebulan menggunakan Nokia E63 ni. Yang penting korang gi beli ar baru dapat tau best ke tak Nokia E63 ni. Bagi pengguna Blackberry.. Best ke BB korang? Berbaloi tak harga tu? hehe For me bila bosan boleh tengok youtube, then bleh cek email dan cek blog fitrihadi.com tiap-tiap hari.. tak perlu on laptop dah.. Cool man!! :)

Akhir kata dari saya. Thanks for reading! Oh juga thanks a lot pada sesiapa yang follow blog ni dan exchange link. korang semua memang gempak ar! Toa chie, Toa chie! Jadi, jumpa lagi dengan artikel yang lebih menarik. See ya when I see ya!

Yang hangat bercinta dengan Nokia E63,
– fitrihadi –

(Visited 50 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Twenty Ten; Default Theme wordpress 3.0 Yang Lebih Padat Dan Mesra Blogger!

Comments

  1. kak ina kl says:

    salam…akak setuju N3 kat bwh..kaum cina ..klu member dia msk contest..suruh vote..merek vote giler-giler..org kita..nan adoooo

    dah ada dah hp ni..mls nak tkr..bkn guna sgt pun..cuma call dan sms ajerlah.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah chinese memang ada networking yang kuat..even kat negara China pun.. sebab tu diorang boleh berjaya.. orang melayu hampeh :p haha

      eh guna untuk call dan sms je..takpe ar..saya gila internet..memang sesuai ar hp ni dgn saya hehe

  2. aman says:

    aku guna blackberry. hoho~ ada wordpress for blackberry, leh update on-the-go. yayy~
    .-= aman´s last blog ..WordCamp : Perkara Menarik Mengenai WordPress =-.

    1. FITRIHADI says:

      wahh ye la..BB memang power.. tengok harga lah :p

  3. syidashukor says:

    fit , i suka la tengok fon tu . dengan ciri ciri dia . thanks sebab review fon ni sebab tengah cari fon yg betul betul boleh muatkan segala galanya yang i nak ! :D

    1. FITRIHADI says:

      oh bagus ar kalau suka.. glad that i could assist u a little.
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Artis) Weh, Korang Tolong Hantar Dia Ni Gi Penjara Balik.. Adoii!! =-.

  4. w says:

    fit, semua software dari ovistore free ke? i was thinking of buying BB and maybe dah terpikat dengan Nokia yang awak promote ni. sebab semua aplikasi yang fit cakap sesuai untuk student. boleh guna simcard internet x ni macam digi smartphone plan tu?

    1. FITRIHADI says:

      ada yg free ada yang tak..tapi untuk social punya apps memang kebanyakannya free..antaranya yg saya download free:
      – youtube (dpt after update setting gprs dan 3G, kat ovistore pun free je)
      – facebook (dpt after update setting gprs dan 3G, kat ovistore pun free je)
      – opera mobile (layan tenet of course!)
      – nokia chat (ym, gtalk, msn)
      – tweets60 (of course lah untuk twitter)

      tapi kalau nak game best2 memang kena bayar a..dan kalau dah ada simcard internet boleh kot nak guna untuk sambung ke internet…sebab masa open social apps tu, hp ni akan suruh pilih nak guna connection mana satu sama ada line dari maxis (I’m Max user) atau wi-fi.. apa pun tanya ar kedai untuk confirm benda ni..

      *glad that u like it :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..My Wiggy Design =-.

  5. Aus MeLankoLik says:

    aiseh , sleck kat kamere je , 2mp .

    1. FITRIHADI says:

      kamera 2MP pun ok je.. MP besar pun nanti makan ruang memori.. hehe

  6. bromine says:

    tp byk kurang henfon ni..gps tak support pe suma..n byk la lg..aku rasa klu untuk student yg terbaik pun nokia 5800XM.. mmg terbaik dari henfon yg agak rumit app dye..huhu
    .-= bromine´s last blog ..Nuff oh Nuff !! =-.

    1. FITRIHADI says:

      nokia 5800XM harganya lebih kurang RM1000..memang berbaloi pun..tapi student sekarang bukan ada banyak duit..

      saya syorkan nokia E63 ni untuk student yang tak berapa mampu tapi nak henfon yang dapat bantu diorang..bukan untuk golongan berada.. kalau bajet lebih, baik ambik BB..dan kalau untuk hiburan, baik ambik iPhone je..

      HP nokia E63 ni hp business bukan hiburan..ada adobe reader, ada quick office untuk file words dan powerpoint..jadi memang sesuai kan utk pembelajaran.. function hiburan pun ada cuma takdelah gempak cam siri express music..

      apa pun lain orang lain citarasa.. thanks for commenting :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Artis) Weh, Korang Tolong Hantar Dia Ni Gi Penjara Balik.. Adoii!! =-.

  7. nana says:

    wah…gne hp yg sm gak…tp cmera plak 2mp jek! :(
    .-= nana´s last blog ..klinik gigi di kaki lima? =-.

  8. […] touchscreen, takde apa function sangat yang best dalam handphone tu. As a result, saya angkat Nokia E63. Full keypad, ada wi-fi dan murah. maknanya paling murah untuk handphone wi-fi nokia lah. so senang […]

  9. midah says:

    setelah beberapa bulan pkai, ap perasaan anda skrg dengan nset neh? ;D

    1. FITRIHADI says:

      perfect! bateri tahan lama..maybe sebab nak klik 1 huruf just klik sekali je.. ada funtion ctrl+c dan ctrl+v.. wi-fi ada..cuma kamera je tak berapa clear bila gelap..kalau terang ok je..

      overall ok ar..tp klu nak yg lagi murah beli c3 ar..e63 ni still mahal rasanya sebab panas lagi..

      1. midah says:

        oooo baik2… sy tgh usha nset, ya, sy mahu wifi tp murah. haha

        1. FITRIHADI says:

          wokey..selamat berburu! hehe

  10. pilotHans says:

    gila lama bateri dia leh tahan…..fuh…nak bugkus 2!

  11. […] Nak Beli Nokia E63 Aku? Aku jual RM300. Ni ar handphone E63 aku.. Kalau korang baca entry review E63 ni, aku beli pada bulan Mei 2010. Bermakna dah setahun lebih aku pakai handphone […]

  12. […] GT-E1080F – Peganti Sementara Handphone Aku Yang Rosak Di sebabkan handphone Nokia E63 aku dah tua bangka, mula ar dia nak meragam. Beberapa hari lepas, speaker buat hal plak. Dia tanak […]

  13. syaza says:

    pic ok kalu terang ek….kalu bole ltak la pic yg dh amek gna kmera nset e63 nh….nk tgkkk

  14. dinradhi says:

    bro, taw tak camna nk convert video flv ke, avi ke, mkv ke masuk dlm hp e63 nie?
    da byk software try tapi so far gmbr teruk @ sound pecah.
    kalau bleh bg tutorial lg cantek
    tq lau dpt membantu

    1. hafeez says:

      taip kat google cari app ‘format factory’. free jer.


LIKE KAMI DI FACEBOOK