May 052010
 

Anda tahu apa itu Aids? Mengikut pemahaman saya sendiri, Aids adalah sindrom yang menyebabkan tubuh tidak dapat melawan sebarang penyakit. Dan kesannya korang boleh meninggal dunia bila-bila masa saja. Sehingga ini masih tiada lagi penawar atau ubat untuk penyakit Aids ni. Anda sanggup menghadapi hidup dengan penyakit Aids ni? Tepuk dada tanya selera.

Bagaimana ia tersebar? Ada macam-macam cara. Antaranya berkongsi jarum suntikan, mengamalkan seks bebas, pemindahan cecair badan (darah, air liur) dan lain lain lagi.



Melalui mesej saya ini, ingatlah Aids adalah pemusnah negara. Pemusnah masa depan Malaysia. Bayangkan bagaimana anak-anak remaja yang tersungkur dalam hidupnya kerana Aids. Ianya satu kerugian kepada Malaysia kerana anak muda adalah aset yang amat bernilai kepada kemajuan dan pembangunan masa depan Malaysia.

Jadi sama-samalah kita menyahut seruan untuk memerangi Aids ni! Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa!





(Visited 1 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Road Trip with My Broadband

LIKE KAMI DI FACEBOOK