May 112010
 

Semalam fit ada luangkan masa di Gengblogger. biasalah mat anggur macam saya ni memang takde keja lain dah. 24/7 nganga depan laptop je..haha

Sebenarnya ada satu tajuk yang menarik minat fit di forum Gengblogger. Ada seorang blogger ni mengadu ‘Kesian La Pengguna WordPress’. faham? OK masalahnya adalah bila blogger yang guna blogspot ni tak on comment untuk guna Name/Url. so kitorang blogger WP takleh nak komen.

Tapi bagi saya itu takde masalah langsung. Ada dua cara korang (WP user) nak komen di blogspot sama ada buat satu akaun google atau guna Name/Url. So kalau dah takde google akaun tu, terpaksa la menapak balik tanpa tinggalkan jejak di blog yang tak on comment untuk guna Name/Url tu.



Sejak saya beralih arah ke WP ni banyak benda saya belajar pasal komen-mengkomen ni. Dan apa yang saya nak share ni mungkin dapat tingkatkan perhubungan dan trafik blog korang..

Apa kelebihan dan kelemahan menggunakan akaun google/blogger profile untuk komen di blogspot?:
+1. Sudah semestinya korang tak perlu penat-penat nak taip nama dan url blog korang untuk setiap blog..terus log in dah boleh komen seantero dunia.

+2. Reply notification.ye penting ni untuk mewujudkan perhubungan dua hala.kalau lepas komen dan dia reply, korang tahu dia dah reply dan korang boleh balas lagi. dan itu dah meningkatkan kemesraan kedua-dua blogger kerana dia tahu korang memang langgan reply notification di ruangan komen tu.

-3. link korang akan masuk ke blogger profile. tapi nak senang reader lain atau tuan tanah ingat korang, letak le nama profile tu kepada address blog korang contohnya macam profile blogger saya guna nama ‘Fitrihadi.com’. tapi bukan bermakna ia akan dilinkkan terus ke blog korang, tapi just meninggalkan nama blog korang kepada tuan blog. Dan jangan lupa letak link blog korang tu sebagai ‘My Web Page’ dalam profile blogger tu. Contohnya korang boleh tengok profile blogger fitrihadi untuk blogger.com

Yang penting buat je satu akaun google untuk komen blog je..tak perlu campurkan dengan urusan lain..


Opss!! No Komen.. hehe


Apa Kelebihan menggunakan ‘Name/Url’ untuk komen di blogspot?:
+1. Sebab utamanya mestilah nak naikkan Page Rank. Sebab bila dah banyak link blog korang di merata tempat, jadi semakin naiklah page rank blog korang tu.

-2. Yang lecehnya kena masukkan nama dan url blog korang satu-satu kat setiap blog tu. adoiii

-3. Pastu takde reply notification. Maknanya lepas komen terus korang tak tahu apa-apa. maka tak berlakulah perhubungan dua hala antara kedua-kedua blogger tersebut.

oh dan lagi satu sebab napa korang perlu ada akaun google adalah korang boleh buat satu blog dari blogspot untuk hosting gambar-gambar yang nak dimasukkan dalam blog WP korang. Lepas upload, ambik link location gambar tu dan tempek je kod gambar tu kat dalam post WP.. dah jimat monthly bandwidth korang.

contohnya korang boleh tengok arkib gambar fitrihadi.com ni. saya dapat idea ni dari Kenwooi.com. gambar dia semua guna location dari blogspot…so memang baguslah cara ini untuk blog yang perlu letak banyak gambar macam Fitrihadi.com dan Kenwooi.com hehe you rocks, Ken!

rasanya itu je kot..ada siapa-siapa nak tambah? atau ada kesalahan dalam penulisan ni??tegur-tegur lah ye.. lagipun saya tulis ni dari pengalaman saya yg ciput dan koman je..

yang pemalu tapi melampau je komen,
– fitrihadi –
(Visited 27 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Nak Beli Dara Untuk Bulan Julai Ni. Korang Pun Belilah Ye!

Comments

  1. […] pembaca supaya masuk ke blog Fitrihadi.com ni. Sebelum tu saya sarankan korang baca artikel ‘apa beza komen guna akaun gmail dan name/url‘! Sekadar menambah ilmu. Di Malaysia masih ramai yang menggunakan platform blogspot. […]

  2. MDHAFiZ.NET says:

    Terbaik dr ladang bro.. :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK