May 042010
 

Dah layan drama ‘Sayang Cendana’ yang bermula semalam? ‘Sayang Cendana ni disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 Petang dan diulang di TV9 pukul 8.30 malam (kalau tak silap). Yang penting ada Juliana Evans yang jarang-jarang berlakon. Wah bukan senang nak tengok muka mahal gadis kacuk ni. caya lah Juliana Evans!! I lap u!



Sedikit petikan dari Berita Harian tentang ‘Sayang Cendana’ ni.

MENERUSI Slot Lagenda yang disiarkan TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang, cerita dongeng dari mitos patung Cendana, iaitu Sayang Cendana bakal disiarkan mulai 3 Mei ini menggantikan drama Bila Musang Berjanggut.

Drama 20 episod yang dilakonkan oleh Juliana Evans, Fezrul Khan, Nadia Mustapha, Intan Azura, Shajiry, Kat Mentor, Tony Eusoff, Kuman dan ramai lagi ini diterbitkan Pena Creatives Pictures dan diarahkan oleh Ismail Yaakob serta penghasilan skrip oleh Mazelan Manan.
Sayang Cendana mengisahkan percintaan antara manusia dan Puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta.
Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia.

Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.

Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan.

Hakimi berjanji akan menyintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya. Adakah Hakimi cinta sejati Cendana.

Sambil itu jom kita layan video promo drama Sayang Cendana ni. Kelakar gak! hehe

LIHAT JUGA:  (Movie Review) The Expendable – Himpunan Hero-Hero Yang Otai dan Gempak Gila!


best tak? kalau best jom petang ni nganga depan TV kita layan Juliana Evans..eh bukan. jom layan cerita ‘Sayang Cendana’ ni hehe

yang tak pernah keluar dengan artis,
– fitrihadi –
(Visited 129 times, 1 visits today)

Comments

  1. Yatre says:

    semalam nengok gak cerita ini. lawa sangat juliana evans…macam patung real..
    .-= Yatre´s last blog ..Selesai Dengan Putus Cinta. Bergerak Maju Kehadapan. =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah juliana evans memang cun gilerrr!!! hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Thanks Nuffnang Untuk Cek Kedua Ni :) =-.

  2. […] This post was mentioned on Twitter by Ahmad Fitri, Ahmad Fitri. Ahmad Fitri said: (Video) Haha Kelakar Gak Promo Drama 'Sayang Cendana'. Heroin Pun Cun Siot! http://bit.ly/bCScqj […]

  3. mai says:

    mai tgk sket je smlm..
    mlm ni nk tgk gak la smbungan dia…
    .-= mai´s last blog ..pening.. =-.

    1. FITRIHADI says:

      oh bagus a..cita cambest je heh
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Terbaru) Senarai Penuh Keputusan Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-17 =-.

  4. maddox says:

    amboi, dah dapat rozita nak juliana pulak.haha.
    eh, nk earn nufnang tu macam mana? aku tak faham la nuffnang tu apa. :)

    1. FITRIHADI says:

      haha juliana muda lagi..lagi best :p

      nuffnang tu macam penyedia iklan a…dan kita ni papan iklan..pastu kena cari visitor banyak2 ke blog ang baru earning tu bertambah..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Wah Mengancam Siot Rozita Che Wan Tayang… =-.

  5. Park Air says:

    yeah sangat cumil juliana evans nih. skang trend wat citer ala2 klasik moden gitu eh.
    .-= Park Air´s last blog ..Susahnya Bila Mood Berblogging Hilang. =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah cita petang2 ni tengok bleh percaya jangan. tapi sebab ada juliana evans takleh miss a hehe :p
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Wah Mengancam Siot Rozita Che Wan Tayang… =-.

  6. Wan Perlis says:

    suka liyana jasmay lagi.hehe

    1. FITRIHADI says:

      liyana jasmay rendah a..comel sangat..tak cantik cam JE.. hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(KFC) Khas Untuk Peminat Iron Man Yang Tengah Kuciwa.. =-.

    1. FITRIHADI says:

      betul tu.. kalaulah dapat keluar date dengan dia hahaha
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Contest: Bila Blogger Bercuti! =-.

  7. adrina says:

    eyh2..cam kenal la Juliana Evans ni…jumpe kat ne eyk?? hahaha XD

    1. FITRIHADI says:

      haha selalu nampak…tapi tak pernah jumpa pun :p
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(KFC) Khas Untuk Peminat Iron Man Yang Tengah Kuciwa.. =-.

  8. pilotHans says:

    tak boleh blah..wkakakakak…juliana evan *wub….


LIKE KAMI DI FACEBOOK