May 132010
 



Di atas adalah logo Information Technology Youth Movement (ITYM) yang sememangnya menarik. Tau apa itu ITYM?

ITYM merupakan singkatan kepada Information Technology Youth Movement atau dalam bahasa melayunya Gerakan Belia Teknologi Informasi. ITYM berfungsi untuk menyatukan golongan belia yang terlibat dalam aktiviti yang melibatkan IT atau senang untuk difahami, iaitu belia yang terlibat dalam dunia blogging.

Sehubungan dengan itu, akan berlangsungnya sambutan Hari Belia Negara pada 14-16 Mei ini di Presint 2, Putrajaya. Diharap para belia yang berada di ibu kota dapat turun padang untuk sama-sama menjayakan Sambutan Hari Belia tersebut. Walaupun saya jauh dari ibu kota iaitu nun jauh di utara Perlis tapi sokongan saya terhadap golongan belia amatlah tidak berbelah bahagi.

Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah era baru yang serba membangun. Jika dilihat sendiri, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi amat pesat sekali membangun selepas memasuki alaf baru tahun 2000. Sebab itu saya amatlah bertuah kerana dapat merasa pembangunan yang memberi banyak manfaat kepada golongan belia dan juga kemajuan negara seiring dengan wawasan 2020.

Pun begitu, ada beberapa harapan saya agar kerajaan dapat menaikkan martabat tak kiralah golongan blogger belia, dewasa mahupun kanak-kanak.

1. Menjadikan blog sebagai gerbang berkongsi ilmu dan medium memerangi gejala sosial seperti kes buang anak, seks bebas, jenayah ragut dan macam-macam lagi gejala sosial yang semakin berleluasa dewasa ini. Dengan blog, remaja dapat menambah ilmu serta mengisi masa lapang mereka dari disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.


Aktiviti blog dapat mencegah gejala sosial dan dapat menambah ilmu para belia Malaysia!


2. Menyediakan satu jawatankuasa khas untuk membangunkan blog berinfomasi mengikut kategori-kategori tertentu agar rakyat malaysia dapat mengambil maklumat yang benar-benar tepat dan cepat serta telus hasil dari maklumat yang boleh dipercayai seperti dari kerajaan Malaysia.


Rakyat Malaysia memerlukan blog yang telus dan boleh dipercayai!


3. Dari segi ekonomi pula, kerajaan harus mengadakan satu sesi pembelajaran internet di mana golongan belia dan kanak-kanak ini didedahkan dengan dunia blog. Bukan sahaja terdedah dengan aktiviti blog, tapi bagaimana menghasilkan blog yang terbaik, menjana pendapatan melalui blog, serta meningkatkan produktiviti melalui blog.

Untuk pengetahuan YAB, kos termurah untuk menghasilkan blog perniagaan yang bertaraf profesional adalah serendah RM40 sahaja (domain name dot com + platform blogspot percuma). Jadi, amatlah perlu agar kerajaan mengadakan satu sesi pembelajaran internet tidak kiralah kepada golongan belia di sekolah mahupun usahawan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) agar dapat meningkatkan produktiviti negara Malaysia ini.


Blog mampu menjana pendapatan sampingan mahupun tetap!


Walaupun harapan saya ini mungkin kedengaran agak mudah namun yang mampu mengubah segalanya adalah hati rakyat Malaysia itu sendiri. Sebagai blogger muda yang masih mentah, saya hanya mampu menolong setakat yang termampu untuk menaikkan semangat 1Malaysia melalui blog ini. Dengan blog Fitrihadi.com inilah, suara kecil saya dapat dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia. Atau mungkin satu dunia.

Akhir kata dari Fitrihadi.com, bangunlah blogger-blogger belia agar sama-sama kita menaikkan martabat golongan belia. Kita adalah permata bangsa, pencorak masa depan negara. Malaysia tanah tumpah kita selamanya.

Salam 1Malaysia,
– fitrihadi –
(Visited 3 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Wah Aimi Najwa… Pipimu Tembam Macam Kuih Donat..

Comments

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Fitri Kacak, Fitri Kacak. Fitri Kacak said: Kita adalah permata bangsa, pencorak masa depan negara. Bangunlah belia! http://fitrihadi.com/2010/05/harapan-fitrihadi-com-untuk-kerajaan/ […]

  2. shaffique says:

    idea yang bagus.. ;)
    .-= shaffique´s last blog ..Fakta Tentang Sperma ! =-.


LIKE KAMI DI FACEBOOK