May 212010
 

A’ah beberapa hari kebelakangan ni I’ve been doing a research about Malaysian blogger.. erm actually blogger melayulah..not including chinese or indian.. bukanlah kata nak jatuhkan siapa-siapa but kengkadang gejala-gejala maya yang berlaku adalah tidak sihat dan kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar.

Melayu boleh dikatakan terkenal dengan sifat yang pentingkan diri sendiri. Tak semualah..tapi biasalahkan bila benda buruk ni orang fokus lebih-lebih.. Dan bila sesama melayu diorang tak suka nak tolong untuk bangunkan melayu. Selain tu, kalau sebut janji melayu, hah korang sendiri pun mesti dah faham kan apa yang tersirat.. apa kata kita refresh balik minda kita dengan iklan yang kelakar ni tapi penuh makna tersirat..memang jauh beza remaja dulu dan sekarang…



Ini adalah antara realiti blogger-blogger melayu yang saya dapat lihat sekarang ni. KEBANYAKANNYA adalah:

1. Yang kacak dan segak akan menjadi blogger pilihan berbanding blogger huduh.
Beb. Terasa woo bab ni sebab apa kebanyakan pembaca akan kejar Eyriqazz, Ben Ashaari, Melromeo, Darkbatman dan blogger yang sewaktu dengannya..ye la diorang boleh dikatakan segak dikalangan wanita (mengikut beberapa survey dan kajian secara tak sedar).. haha kalau perempuan lak macam Hanis Zalikha, Redmummy, Gadis Terbilang, Miss Lolly dan lain-lain lagi..diorang ni memang cun.. jadi sebab tulah blog diorang mantop je visitor..komen punya lah banyak.. kalau fitrihadi? hampeh je.. ye la..saya akui..selain muka yang agak fail, blog saya pun agak merapu gak..


Credit: Budiey.com


2. “Buat apa nak komen blog ni.. tak kenal pun. dia tak baik pun dengan aku”
erm part ni pun terasa gak.. In real life, saya boleh dikatakan takde musuh..(ada lah sorang dua yang cari gado sebab pompuan..oh bodohnya lelaki bila gado pasal perempuan).. kawan baik.. bagi saya kawan baik ni akan betukar-tukar.. mengikut pengalaman saya, setiap tahun saya akan ada kawan baik yang baru..yang lama akan cari kawan baik lain sebab maybe nak cari angin baru..ye lah..saya ni shy guy dan bosan so memang tak tahan lamalah kan.. but kitorang still friend lah..bukan putus terus…


erm betul betul betul. wekkk!


Sama lah jugak kot dalam alam maya ni..nak bina hubungan yang hanya beralaskan keyboard dan ayat-ayat cinta picisan adalah seribu kali ganda lebih susah dari nak bina hubungan di alam realiti.. dan yang buatkan saya lagi rasa terpencil selain takde yang nak fokus on my blog, adalah saya ni stay jauh nun di utara Malaysia iaitu Perlis. Jadi, camna nak dapatkan loyal reader? Kalau mudah untuk berjumpa di event-event Nuffnang mungkin dapat mengubati kekecewaan ni sikit.

3. “Dio ni mengabihkan bogheh aku jo. Buek gapo nak tolong promote blog dio.”
damn.. ini lagi sakit hati.. mana budaya 1Malaysia? Mana budaya 1Blogger.. eh jap.. 1Malaysia? ermm kalau sesama melayu pun tanak tolong camna nak tolong sesama kaum? Meh saya nak habaq satu cerita..Satu perkara yang saya suka pasal Melaka adalah semangat perpaduan kaum yang tinggi di kalangan penduduk di sana.

Banyak kali saya ke kedai mamak dan disitu saya lihat uncle-uncle cina, india dan melayu duduk sekali bersembang sambil sarapan. Dan saya pernah bersembang dengan seorang uncle chinese ni.. memang dia baik dan ramah walaupun sudah tua dan sakit serta terpaksa jaga makan sendiri.. kesian gak tengok..selain tu, kedai chinese pun ada indian gi makan dengan kawan chinese dia.. tapi melayu takde lah sebab tak halal kan… dan yang paling menarik pernah sekali saya ke kedai buku chinese untuk cari kotak, dan dia bagi free2 je walaupun saya nak bayar. Bila gi kedai lain (melayu) kena bayar lak.. rasa terharu bila kita yang berlainan kaum dapat sama-sama membantu.. dan saya berharap sangat dapat menjejakkan kaki ke tanah hang tuah lagi..perhaps mungkin nak stay kat sana je…


1 Malaysia.


begitu jugak blogger-blogger malaysia.. apa lah sangat korang promote link blogger lain..dan kalau malas sangat, letaklah plug-ins comluv tu dalam blog korang.. dan budaya retweet ni..tweet diwujudkan kerana SMS perlu dibayar.. faham tak?? disebabkan twitter tu free so then it can replace the function of sms. nak tweet everywhere memang mudah je sekarang.. Tapi bayangkan jika satu tweet tu 10sen.. korang nak ke tweet? nak ke retweet link blog orang lain..mesti korang akan cakap macam tajuk perenggan ni kat atas tu.. jadi, bila dah free apa salahnya retweet link blog orang lain..contoh terbaik yang saya perhatikan adalah sedara denaihati.com.. banyak link-link blog orang lain yang dia retweet..bukan kena bayar pun.. but I realize ada certain people yang retweet geng dia je..this is unacceptable..itu bukan 1Malaysia…itu 1kara! (sebatang karalah kiranya..lol.. )

ok the truth is, i discover a blogger yang padam my link after I comment kat blog dia..ok saya faham blog dia hanya dia saja pemiliknya..dia boleh buat apa saja.. but after all dia tak nak support blogger-blogger lain.. Agaknya semua blog di Malaysia ni dia saja kot yang punya.. kejayaan hanyalah untuk dia saja.. thank-god sebab Malaysia melahirkan seekor burung yang sentiasa berada di ‘atas’ sahaja… kita kat bawah ni tengok jela.. pastu kalau nasib tak baik dia serang balas bila kita tegur.. guna apa?? tahi burung.. :P

ahhh…i gotta say it’s a little relief bila dapat share dengan korang..rasanya cukup lah tu.. i know this article is kinda harsh sikit but this is how the Nanny 911 works (pinjam skit konsep diorang).. to teach the toughest kids is to tell them that they are wrong and teach them the proper way.. slowly with good communication dan persefahaman maka kehidupan keluarga itu akan menjadi seperti syurga! Akhir kata dari saya… Kita bukan blogger.. kita keluarga!

Yang ingin membantu,
– fitrihadi –
(Visited 11 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Thanks Facebook! I Got My Gambar Masa Darjah Dua. Cute hahaha

Comments

  1. […] jutaan terima kasih saya ucapkan pada Fitri dalam entri hot beliau ” Eh Beb. Aku Terasa Korang Tak Komen Blog aku” yang memberi gelaran Kacak kepada saya. heh! Sangat kuhargai. ahaha. Entri beliau sangat best dan […]

  2. fitrijohari says:

    biasalah bro…kdg2 rasanya artikel lebih kurg atau lebih baik kualitinya dr blog popular..cuma dah ada nama kan..mestilah org pandang..pape pn trus berkongsi..jgn jadikan bende pematah semangat utk berblogging..pahala kita berkongsi tu lebih penting…bila byk org baca bende yg berfaedah dr blog kite..automatik saham naik…huhu…
    .-= fitrijohari´s last blog ..MillatFacebook Pengganti Facebook? =-.

  3. nuyuena says:

    drop komen sat…mcm betul la research anda~
    dunia blogging dah makin besar kan..
    susah nak menyerlah kalau xde usaha gigih~
    peace~1blogger..hee~

  4. Susulan Kes Jardness a.k.a. Owner Ignorantbrat.blogspot.com Di Kecam Hebat! | FitRiHaDi [Dot] coM says:

    […] dalam komen blog ni walaupun saya dah beberapa kali ajak dalam forum GB dan blog beliau. haha emo skit bila tak dapat komen :p Ceritanya macam ni… jardness ni mungkin dengan tujuan nak tarik lebih trafik telah buat […]

  5. Kuwe says:

    i like this. Tapi aku pernah baca pelbagai versi dan dari pelbagai blogger.

    Versi versi ini boleh jadi iktibar untuk kita semua. Bukan senang nak jadi blogger.

  6. […] terlalu ‘gers@ng’ untuk dapat komen-komen dari pembaca. adess ni semua gara-gara artikel panas ni ar. Hampeh tul. Kan dah kena cop jadi mamat gila komen. Ada-ada je korang ni! Alexa Rank […]

  7. Affan says:

    no 1 dan 2 aku setuju. no 3 tu, ntah le. hehe

  8. sweet says:

    ohhh knpa sy tlepas entry ni??
    sy suke bc entry org then sy akn komen x kira dia siapa. tp sy benci bila tuan punye blog tu sombong (bz sgt kot) sy komen lebih 10 entry dia xpernah nak bls (xde la mtk blasan tp at least ‘hi hi’ la kite kt cbox pon jd la..) lepas dr tu sy lbh suke komen follower blog sy yg setia je sbb dorg je ikhlas bc entry sy n komen. diorg je yg nk dgr luahan hati sy. scra x sgja jd la ‘PUAK’.. tp sy x nk pon camni. mmg btul bloggers suka masuk blog org cntk/ensem je. sy plak jns x suke tayang muke so org ramai x tau rupa sy camne. biasa org masuk x nk beri feedback pon. sekali sy pakai taktik letak pic dlm post berduyun plak org komen (skadar nk menguji) so dr ctu dah nmpk bloggers ni pilih ‘APA’ utk menarik perhatian bloggers lain. SIGH

    1. FITRIHADI says:

      ermm memang fitrah manusia tertarik kepada benda yang cantik dan segak.. saya ni pun bukan segak sangat..sebab tu susah nak naik kot..tulis lah berilmiah ke kelakar ke apa ke still takde support..ermm..

      1. paihujey says:

        hmmmmm..kalau cam2 susah la..kna jdi kacak dlu bru ramai yg nak msuk blog kita kan..huh!!!!

  9. […] of all, korang dah baca entry ‘Eh Beb..Aku Terasa Beb Korang Tak Komen Blog Aku..Huh!‘?? Kalau belum boleh baca dulu… hehe berbalik kepada tajuk entry ni, saya nak mention […]

  10. rina says:

    oh, ada orang macam tu ek..hmm,peliklah… ini blog je kot..apa yang nak digaduhkan sangatnya tuh.. xpaham sungguh..

  11. emancloud says:

    biler aku balik kolej jumper streamyx aku. aku akan otter sebaek mungking comluv leh bagai semua tuh lah. cume broadband slow sobs!

  12. emancloud says:

    biler aku balik kolej jumper streamyx aku. aku akan otter sebaek mungking comluv leh bagai semua tuh lah. cume broadband slow sobs!

  13. eima omar says:

    setuju sesangat…..


LIKE KAMI DI FACEBOOK