Apr 072010
 

Actually ini rahsia sebenarnya. Kalau bagi tahu nanti akan banyaklah saingan saya dalam dunia contest maya ni. tapi takpe lah. Ilmu yang disimpan takde guna gak.. lebih baik dikongsi bersama dengan korang. erm tak susah sebenarnya nak tulis entry contest ni. Apa yang penting kerjasama adalah kerajinan dan kreatif!


Merokok membahayakan keyboard!


Kalau nak buat entry yang menarik, ikut lah tips-tips di bawah ni. Mungkin dapat membantu korang untuk menang dalam contest yang akan datang;
  • Sebelum menulis sesuatu entry, jangan mulakan terus dengan menulis di draft. Ambik sekeping kertas yang besar dan kaji dahulu topik, service, atau apa saja objek yang penganjur berikan untuk tajuk entry. Lagi banyak poin lagi bagus. Contohnya masa saya menulis artikel MAS dulu, saya kaji dulu apa yang ada dalam service flymas.mobi tu sebelum mula menulis.
  • Cari juga kebaikan dan keburukan dalam topik tersebut sama ada sebelum atau selepas menggunakan service atau objek yang penganjur berikan. Ini untuk mengenengahkan secara telus tentang topik tersebut. Sentiasa memuji service atau apa je tentang topik dalam entry tersebut tapi tak perlulah berlebihan sangat.
  • Rajin-rajinlah mencari gambar yang berkaitan dengan topik tersebut. dan kalau rajin edit lah supaya ada keistimewaannya entry korang tu.
  • Bila dan cukup semua bahan di atas baru mulakan dengan menulis. Kalau cara saya, saya lebih suka meletakkan gambar dahulu sebelum bercerita tentang gambar tersebut..dan perkara-perkara yang lain.
  • Sentiasa tulis dengan kemas – rajin-rajinlah menyelang antara perenggan agar mata juri ada ruang untuk berehat sekaligus dapat menstabilkan jiwa juri tesebut.
  • yang penting janganlah terlalu serius dalam menyampaikan cerita. Adakan beberapa jenaka untuk menarik minat juri yang sememangnya stress kerana telah meneliti banyak entry peserta sepanjang harinya. Tetapi dalam menyampaikan maklumat tentang service atau sebarang objek berkaitan, sila pastikan ianya benar dan tepat.
  • rajin-rajinlah untuk meletakkan link website penganjur pada setiap perkataan berkaitan contohnya seperti ni walaupun perkataan tersebut berulang-ulang; MAS memang terbaik. Terima Kasih MAS! I Love You, MAS!
  • jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan memberi kredit kepada pihak yang berkaitan dalam entry tersebut.
  • akhir sekali, anda akan mendapat markah bonus jika; kreatif, lain dari yang lain (macam pemenang LG Choc tu..siap buat gambar phone yang panjang gila tu) | anda pandai meng’edit’ gambar dengan kemas dan cantik | anda menggunakan seorang model sama ada diri anda sendiri atau orang lain | perkataan atau ayat yang unik dari anda sendiri | sejauh mana entry tersebut mampu mempengaruhi pembaca untuk menggunakan service atau objek dari penganjur.
LIHAT JUGA:  Nuffnang Click Fraud. Klik Sekali Ke Banyak Kali Ke Tetap Salah Lah.

Jadi itu sahaja tipsnya yang dapat fit kongsi setelah memenangi review contest dari MAS dan bro aie (camera). Semua tips ni fit belajari dari theeggyolk.. dia ni pemenang laptop dell inspiron 13 masa nuffnang buat contest ‘my top 5 treat list’ dulu ni..hebat tu..fit respek dia sebab tahap graphic dia memang terbaik…

dan tak lupa gak idea dan tips dari redmummy.com..membaca advertorial beliau memang membuka minda. tips penting yang fit dapat dari kak red adalah tulis sesuatu tu lebih dari biasa.

contohnya macam nak bagitahu tentang sebuah kipas..biasanya orang akan tulis “ini adalah sebuah kipas”.. tapi untuk tulis entry yang baik korang kena tulis macam ni. idea ni fresh dari kepala otak fit sendiri;

ini adalah sebuah kipas meja berwarna putih berjenama Mistral yang berbentuk segi empat dan ia mempunyai tiga bilah kipas serta 5 tahap kelajuan yang mana dapat menyejukkan badan korang yang basah berpeluh bila tibanya waktu tengah hari yang panas terik sehangat hotfm yang lebih hangat daripada biasa walaupun fara fauzana lambat masuk konti kerana leka membaca blog fitrihadi.com.

hah panjang tak? so itulah tips berharga dari kak red yang saya ikut selama ni. rajin tu penting. so rajin-rajinkanlah buat entry korang tu dengan lebih kreatif dan berjaya. dengar kata banyak contest yang available sekarang ni. so saya ucapkan good luck pada korang semua!

Nak try? Jom cuba tulis untuk contest Nuffnang ni:

P/s: malas nak masuk contest sebab nanti korang menyampah lak asyik muka ni je menang.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

  1. MyaFiza says:

    biasanya kt mana leh dapat advertorial ni?

    1. F I T says:

      kalau awak tulis entry apa-apa je yg mempromosikan pasal produk, service atau blog orang lain itu di kira advertorial..so contest2 yang tulis entry panjang-panjang tu advertorial gak..
      .-= F I T´s last blog ..RM50 + Dell Mouse + Silicone Mouse Pad. Adakah terlalu cikai bagi korang? =-.

  2. MyaFiza says:

    contohnye?
    kena daftar jugak ke?

    1. F I T says:

      contoh?..masuk la contest yang suruh tulis review tu..kalau advertorial nuffnang tu susah nak dapat..sebabnya nanti saya bagitau kriteria untuk layak buat advertorial nuffnang.. tapi yg saya menang dari nuffnang tu blog contest..tulis pasal service dari MAS.. tak perlu daftar..terus join je..pastu bagi permalink..nak try? gi sini..

      Sloggy blog contest

      IP Man 2 contest

  3. Encik One says:

    thanks 4 sharing.. tp… bila la agaknya aku boleh dpt advertorial dr publisher ek? kui3..
    .-= Encik One´s last blog ..Pengajaran yang aku dapat dari Rafiqin Darwisy =-.

    1. FITRIHADI says:

      susah bro..trafik mesti macam empangan pecah baru boleh dapat advertorial dari publisher.. :D
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah Akhirnya Hunny Madu Flyfm Dah Kahwin..Tahniah Diucapkan! =-.

  4. Azizuan says:

    thanks for the tips
    .-= Azizuan´s last blog ..ACEF 2010 : Peluang Kerjaya Sebagai Akauntan =-.

  5. DaHLia says:

    FIT,

    Meh masuk contest bg pihak akak…
    biar akak yg menang pula.. :)

    1. FITRIHADI says:

      erkk satu artikel kena bayar RM100..sanggup? hehe gurau je :P
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah Akhirnya Hunny Madu Flyfm Dah Kahwin..Tahniah Diucapkan! =-.

  6. Amir says:

    tips yg mantop dr pemenang contest nuffnang ni.. hehe.. :D
    .-= Amir´s last blog ..Populariti Murahan Rafiqin Darwisy =-.

    1. FITRIHADI says:

      boleh lah hehehe

  7. farenova says:

    Thanks for sharing, tips yang amat berguna terutama ttg membuat draft di kertas terlebih dahulu, macam mind maping gteww. :)
    .-= farenova´s last blog ..Anda Selalu Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu? =-.

  8. lizz says:

    oh, suke sangat entry ni. lepas ni nak try tips fit ni.mana tau ade rezeki nak menang.hehehe
    .-= lizz´s last blog ..Trip to Kota Tinggi Waterfall. Kami Student Tak Sedar Diri Nak Final Exam! =-.

    1. FITRIHADI says:

      try ar..mungkin boleh menang kalau ada rezeki hehe


LIKE KAMI DI FACEBOOK