Apr 122010
 



Hari ni tanggal 12 April. Dah genap 60 tahun usia ibu saya. tiada apa yang diminta, tiada apa yang istimewa. Hanyalah meneruskan kehidupan seperti biasa. Sebelum meneruskan penulisan ini saya teringin hendak berpantun seperti bro Eyriqazz.

Walaupun usia menginjak tua,
emak tetap berwajah muda,
tenaga beliau seperti anak dara,
meneruskan hidup tanpa suami tercinta.

Boleh lah kan. Saya bukan pandai sangat berpantun seperti eyriqazz. Entry ni saya sebarkan sebagai tanda penghargaan saya buat emak yang terlalu banyak berjasa pada saya. Bukan senang bergelar seorang ibu. Apa yang saya lihat dan faham, seorang ibu mesti berkorban separuh hidupnya demi membesarkan anak-anaknya. Kudratnya dilaburkan kepada anak-anaknya hanyalah untuk melihat anaknya sihat sehingga menjadi seorang insan yang berjaya dan berhati mulia.

Terima Kasih emak kerana mengandungkan saya selama 9 bulan tanpa rungutan.
Terima Kasih emak kerana memberikan saya susu ibu yang penuh dengan kasih sayang supaya saya tahu nilainya kasih seorang ibu.
Terima Kasih emak kerana sanggup berjaga malam untuk membancuh susu jika saya menangis kerana laparkan susu pada waktu malam.
Terima Kasih emak kerana membasuh kencing dan berak saya serta menukarkan lampin saya yang sangat busuk.
Terima Kasih emak kerana mendukung saya lepas mandi walaupun usia saya sudah 5 tahun dan mungkin emak pun tak sekuat dulu pada masa tu. Tapi saya suka. :)
Terima Kasih emak kerana menolong saya membuat kerja rumah semasa sekolah rendah pada tengah malam kerana saya tidak tahu buat kerja rumah tersebut. dan akhirnya menangis.
Terima Kasih emak kerana berjaya mendidik akhlak dan motivasi kepada saya supaya saya menjadi pelajar cemerlang setiap tahun di sekolah dan menjadi ketua pelajar semasa sekolah rendah. Itulah hadiah terbaik yang dapat saya berikan untuk emak.
Terima Kasih emak kerana menjaga saya semasa sakit dan demam walaupun sehingga usia saya sekarang ini.
Terima Kasih emak kerana memasak dan menjaga makan minum kitorang selama ini sehinggalah ke hari ini. Masakan emak tetap superb.
dan Terima Kasih atas segalanya yang emak lakukan untuk saya dan kasih sayang yang tak dapat di balas sepenuhnya.



Walaupun saya hanya dapat memberi sebuah termo pot yang selama ini emak inginkan, namun tetap tidak dapat membalas sepenuhnya kasih sayang yang emak telah berikan. Ini sahajalah yang dapat saya berikan sebagai tanda penghargaan saya dan sebagai memenuhi kehendak kecil emak. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat ibu sendiri gembira dan menyenangkan kehidupannya.

SELAMAT HARI LAHIR PUAN HAJAH RAF’EAH YANG KE 60 TAHUN.

P/s: Terima Kasih emak kerana tidak membuang saya ke dalam tong sampah,longkang atau mana-mana tempat seperti ibu-ibu durjana masa kini. Memikirkan pembuangan bayi membuatkan saya berfikir betapa bertuahnya saya dilahirkan dalam keluarga yang harmoni.
(Visited 36 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Short Note Sebelum Aku Gi Tido

Comments

  1. DaHLia says:

    Happy 60th birthday yer mak fitri hadi :)
    .-= DaHLia´s last blog ..Nuffnang sungguh pemurah kan? Tapi kenapa akaun Nuffnangku masih statik @ kosong? =-.

  2. bellarossa says:

    huhu happpy birthday to emak Fit!
    cantiknye hadiah.

  3. azuan says:

    kasih ibu di bawa ke syurga~mak aku punya besday pun tak lama lagi huhuu
    .-= azuan´s last blog ..Pagerank Google : Aku baru Tahu Maksud Disebaliknya !! =-.

    1. FITRIHADI says:

      oh so hargai lah mak tu..banyak pengorbanan dia pada kita :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Senarai Pemenang Kontez Dialog Kelakar. Tahniah Diucapkan Dan Terima Kasih Kepada Semua Yang Join! =-.

  4. hazzy says:

    wah dapat hadiah
    semoga emak2 kita sihat sihat sahaja
    .-= hazzy´s last blog ..Cara berjimat sewaktu bekerja untuk mengelakkan korang melangut tunggu gaji bulan depan =-.

    1. FITRIHADI says:

      yup moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wahhhhh! Acer Aspire One (Worth RM1299) To Be Given Away! It’s real! Betul-Betul Free Beb! =-.

  5. selamat hari lahir kepada ibu si fitri..=)
    semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..=)
    .-= f_aRa_aINa989´s last blog ..Pernah Main Cop2 Power Rangers X??? =-.

  6. Wan Perlis says:

    hang mmg seorang anak yang baik dan bertanggungjawab
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan =-.

  7. aen says:

    uhhhh syahdu aku baca hang punya entry nie..sob..sob.sob..


LIKE KAMI DI FACEBOOK