Apr 192010
 

Petang tadi fit sempat makan angin ke bandar alor star. Dan sempat jugak tonton satu cerita baru ni. ‘Clash Of The Titans’. Sebelum bercerita lebih lanjut, diharapkan korang kuatkan iman bagi yang beragama islam dan juga bimbingan ibubapa amat perlu bagi 18 tahun ke bawah.

Lebih senang saya kelaskan filem ini sebagai 18SA iaitu sensitiviti agama. Yup ianya berkaitan dengan tuhan dan dewa serta manusia pada zaman dahulu. Jadi sila buang ketaksuban korang terhadap jalan cerita ni dan hanya menikmati setiap inci aksi serta CGI yang agak menarik dalam cerita ini.

Pelakon dan watak:
Sam Worthington … Perseus

Liam Neeson … Zeus

Ralph Fiennes … Hades

Jason Flemyng … Calibos / Acrisius

Gemma Arterton … Io

Ikuti Dulu Preview Filem Clash Of The Titans ni!



Sedikit rentetan filem:
Cerita Clash Of The Titans ni berkisarkan tentang kehidupan manusia yang kucar kacir dan kurang sumber makanan disebabkan kurangnya doa (yang mana menjadi kekuatan Zeus; tuhan manusia). Pada masa itu, manusia menjadi lebih ego.

Apabila patung Zeus dihancurkan, muncul abang Zeus bernama Hades iaitu syaitan yang asalnya dari kampung neraka dan menghancurkan bala tentera yang merobohkan patung Zeus gergasi di tepi lautan. Zeus yang kecewa dengan perlakuan manusia ciptaannnya mula menyuruh abangnya, Hades memberi ‘pengajaran’ kepada kerajaan dan penduduk bumi masa itu.

Oh dimana heronya? Heronya muncul apabila watak ‘Perseus’ lakonan Sam Worthington yang mengembara dengan kapal laut bersama keluarga angkatnya diserang oleh Hades semasa diorang menyaksikan patung Zeus tersebut tumbang ke dalam lautan. Untuk pengetahuan korang, Perseus ni adalah separuh manusia dan separuh dewa. Kalau nak tahu macam mana dia jadi separuh manusia dan dewa, kena lah tonton cerita Clash Of The Titans ni.

Seterusnya, Perseus perlahan-lahan menonjol menjadi seorang pahlawan sebenar walaupun sebelum ini beliau hanyalah seorang nelayan. Dan ikutilah pengembaraan Perseus bersama beberapa pahlawan terkuat dalam menghalang kemarahan Hades. Dan juga usaha meraka dalam menghalang keganasan makhluk terganas milik Hades iaitu Kraken sebelum tibanya gerhana matahari.

Oh bagi peminat DoTA, ada gak Medusa..Si Ular sexy dengan panahnya..haha DoTa Players boleh ar gi tengok rupa sebenar Medusa ni..cun oo macam Britney Spears :P

Grafik dan ilusi:
Dari apa yang fit tonton, kualiti gambar tidaklah boleh dikatakan sempurna seperti filem ‘The Chronicles of Narnia’ atau ‘Alice in Wonderland’. Tapi ia tidaklah mencacatkan cerita tersebut. Setiap inci dan setiap saat cerita tersebut masih jelas dan sedap untuk ditonton.

Cuma apa yang ‘spoil’ adalah semasa berlakunya pergaduhan, ada beberapa scene yang mana pergerakan adalah terlalu cepat dan rakaman kamera memfokuskan pergaduhan tersebut terlalu dekat. Jadi saya tidak dapat melihat aksi penuh atau rakaman jauh pergaduhan tersebut. Lebih suka filem ‘300’ yang mana pergaduhan dapat disaksikan sepenuhnya.

Penceritaan:
Perjalanan cerita tidak membosankan. Malah setiap ‘scene’ adalah saling berkait dan bukan sekadar membuang masa. Walaupun ini adalah cerita aksi, tapi masih ada beberapa ‘scene’ yang kelakar. Hero juga sporting dan bukanlah serius sepanjang masa. Mungkin kerana Perseus ni hidup dengan nelayan. Jadi, agak jambu sikit perlakuannya kadang-kadang.

Aksi:
Aksi boleh dikatakan perfect. Pergaduhan dengan raksasa dan makhluk-makhluk pelik memang cukup bertenaga. Walaupun menggunakan CGI, aksinya tetap ‘hidup’ dan mampu membuatkan korang ‘saspen’ sepanjang menonton.

Kesimpulannya:
Seperti yang fit cakap awal-awal tadi, cerita ini agak menyentuh sensitiviti agama. Jadi bagi yang hanya mementingkan aspek aksi yang mantop dan watak-watak yang tak tercapai dek akal, boleh lah gi tonton. Budak-budak not allowed kot. Berat sangat a pemahaman dan kepercayaan cerita ni. Kang terpesong lak akidah diorang.

Akhir kata, filem Clash Of The Titans ni memang penuh dengan aksi yang ‘saspen’ dan gempak gilerr!

P/s: Tadi ada tonton preview filem ‘Prince of Persia: The Sands of Time’. Filem aksi gak. Memang superb ar. Siapa-siapa yang pernah main game POP ni mesti tak sabar nak tonton. So do I! (akan datang June 2010)
(Visited 15 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Underdog Soldiers | Ini Filem Paling Menyampah Aku Pernah Tengok

Comments

  1. eddy dy says:

    Minggu lepas aku nak gi tengok bawa adik2 aku ngan kwn seramai 2 org, tahu2 bukan 2 datang tpi tujuh org,
    terpaksa la batalkan, x cukup budget, last2 lepak jer la kat KFC…minggu ni plak dah plan nak gi lagi..dah prepare budget utk skurang2nyer 10 org….best ker? antara citer ni ngan Stiletto mana yg best ar????
    .-= eddy dy´s last blog ..18SX: GAY BUKAN BAKA TAPI PILIHAN. =-.

    1. FITRIHADI says:

      filem ni tak sesuai untuk family atau adik2 tak cukup umur a..sebab menyentuh pasal dewa dan tuhan.. untuk family lagi sesuai tonton stiletto… tadi pun nak tengok stiletto.. tapi tak sempat beli tiket wayang dah lama start..so ambik clash of the titans ni a.. gempak gak aksi dia..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Jenaka Blogger | Maksud ‘Kerja Rumah’ Bagi Golongan Tertentu hahahaha =-.

  2. serol says:

    yup, baru je tengok tadi..dari segi jalan cerita mmg tak bosan..

    dari segi akidah tu mmg bahaya untuk budak2..
    nanti lain pula pemahaman dia..
    .-= serol´s last blog ..Final Exam Bermula… =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah memang bahaya..kang lain yang difahamnya. setakat tonton boleh a..percaya jangan! :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Al-Fatihah) Lepas Arwah Din Beramboi, Kini Achik Spin Pula Meninggalkan Kita =-.

  3. BaDBoY says:

    Mcm best je FIT…CD dah keluar ke…almaklum la nak g tengok wayang dah la jauh…takdan dng keja…lagipun susah nak tinggal anak….hehehe
    .-= BaDBoY´s last blog ..Jangan Malukan Diri Anda Pada 1 Malaysia =-.

    1. FITRIHADI says:

      ntah.tak cek pun cd ada kuar ke tak..rasanya dah ada kot sebab dah lama cita ni kuar kat hollywood.. bleh download dah kot
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Meteor Gugur Ke Bumi Rabu Malam Lepas (15 April 2010). Menakutkan! Adakah Bumi Akan Berpecah Belah? =-.

  4. sharinginfoz says:

    macam tak berapa aja.. hmmm citer2 pasal agama ni tak berapa sangat.. kalau action memang suka benar
    .-= sharinginfoz´s last blog ..The Malaysia Book of Record: Largest Gathering of Bloggers at Berjaya Times Square =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah ni cita manusia lawan dewa..tuhan@Zues pun ada..so takleh taksub sangat..sekadar nak tengok aksi boleh a..aksi dia memang baik punya!
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Jenaka Blogger | Maksud ‘Kerja Rumah’ Bagi Golongan Tertentu hahahaha =-.

  5. Park Air says:

    oleh kerana area aku xde panggung wayang terpaksa la aku mendownload nya heheh. aku rasa medusa tu nama lainnya ada gorgon?

    1. FITRIHADI says:

      gorgon??ntah..dia ni makhluk perempuan..dalam DoTA memang nama medusa…tatau a kot sekarang ni dah tukar nama..dah lama tak main DoTA map baru..hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah! Jom Layan Cewek Cantik Bangat Nih! Comel Sih! Bisa Bikin Jantung Berdetak Lebih Kencang! =-.

  6. Wan Perlis says:

    best ni tgk kat panggung
    baru ada feel
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.

    1. FITRIHADI says:

      memang best a..bunyi background filem ni pun power..p a tengok kat jitra atau alor star..smlm pi tak ramai orang..maybe kedah dah start keja tu tak ramai tu hehe aman skit nak tengok wayang..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah Jom Terjah Bloggers Yang Kacak Dan Jelita Ni Semua =-.

  7. zac zirwan says:

    mmg terbaek la..aku tgk kt imax smlm..pergh puas hati!

    1. FITRIHADI says:

      yupp memang terbaik.. bagi 4 setengah bintang untuk Clash Of The Titans ni hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Meteor Gugur Ke Bumi Rabu Malam Lepas (15 April 2010). Menakutkan! Adakah Bumi Akan Berpecah Belah? =-.

  8. […] ada siapa-siapa nak sponsor tiket supaya fit bleh buat review filem ni? hehe Dulu dah buat review untuk filem Clash Of The Titans. Baca a.. Memang gempak! Yang tak pandai main bola sepak, – fitrihadi – lirik, Music Video, […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK