Apr 232010
 

LOS ANGELES: Pencipta rancangan kartun televisyen South Park diberikan amaran bahawa mereka mungkin akan menghadapi tindakan ganas kerana menghina Nabi Muhamad apabila menunjukkan Rasulullah memakai kostum beruang.

Laman web kumpulan Revolution Muslim di Amerika Syarikat memberitahu Matt Stone dan Trey Parker bahawa mereka mungkin akan menerima nasib seperti Theo Van Gogh. Penerbit filem Belanda kontroversial itu ditembak dan ditikam hingga mati pada 2004 oleh seorang Islam yang marah kerana filem beliau mengenai keadaan wanita Islam.

Laman web berkenaan turut memberi maklumat mengenai lokasi rumah Stone dan Parker.

Ia turut menyenaraikan alamat pejabat penerbitan mereka di California dan pejabat penyiaran South Park di New York, Comedy Central.

“Kami memberi amaran kepada Matt dan Trey bahawa apa yang dilakukan mereka adalah bodoh dan mereka akan menerima nasib yang sama seperti Theo Van Gogh kerana menyiarkan rancangan ini,” kata penulis artikel, Abu Talhah Al-Amrikee.
“Ini bukan satu ancaman tetapi satu amaran kepada realiti mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” katanya.

Al-Amrikee kemudian memberitahu Associated Press bahawa kiriman terbabit bukan bertujuan untuk mencetuskan rusuhan. Ia disiarkan untuk memberikan kesedaran mengenai isu itu dan melihat ia tidak akan berlaku lagi, katanya.

Jurucakap Comedy Central berkata, rangkaian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

Dalam episod ke 200 South Park yang disiarkan di Amerika dan United Kingdom minggu lalu menunjukkan Muhammad muncul beberapa kali dalam satu kostum beruang. Utusan agama lain juga turut digunakan termasuk Buddha.

Bercakap dalam satu temubual laman web Boing Boing sebelum rancangan ke 200 disiarkan, South Park mempertahankan adegan berkenaan.

“Kami bersikap hipokritikal terhadap mesej kami, pemikiran kami, jika kami katakan ok bermakna jangan jadikan jenaka dengannya kerana ia tidak akan melukakan kita,” kata Parker. – Agensi

Sumber – Berita Harian

——————————————

Oh selidik punya selidik bukan setakat kartun Nabi Muhammad dalam patung beruang je diorang buat. Tapi diri Nabi Muhammad sendiri tu pun ada.. Cuba tengok dua gambar ni yang fit caption dari video kartun southpark tu sebelum sempat youtube memadamkan video tersebut.

LIHAT JUGA:  (Berita) Jambatan Maataf Keliling Kaabah Runtuh?

AMARAN! Tengok boleh, percaya jangan!


Ada dua video pasal imej nabi muhammad..kalau internet korang laju bleh a tengok bawah ni..tapi ni version imej sebenar muhammad..



kalau yang versi beruang tu dah kena delete dengan youtube..tapi fit sempat gak tengok.. south park tu bukan menghina nabi muhammad.. tapi menjadikan watak Nabi Muhammad tu sebagai seorang yang kelakar..korang boleh terima ke kartun macam ni? Sangatlah tak boleh sebab Islam melarang kita menterjemahkan rupa dan penampilan nabi dan rasul dalam bentuk yang boleh dilihat. very the salah ok!

Amerika memang negara yang bebas bersuara. Nak kutuk presiden diorang pun boleh asalkan jangan sampai membawa kepada ugutan dan keganasan. Tapi takkanlah sampai tak hormat agama. saya tahu orang amerika hanya menjadikan agama sbagai perkara kedua..tapi tak perlulah sampai mencabul privacy agama lain.

Tindakan pencipta kartun South Park yang melukis imej nabi Muhammad tu memang tak boleh diterima. Sedangkan dalam Islam sendiri melarang kita dari menterjemahkan rupa sebenar dan penampilan nabi dan rasul. Apa pun tindakan pencipta kartun South Park ni memang patut dikutuk sekeras-kerasnya! Dia pun dah dapat amaran keras dari muslim revolution lagi..

Oh berita terbaru mengatakan episod kartun yang memaparkan imej Nabi Muhammad tersebut dah dibuang dan diganti dengan jalan cerita terbaru. bagus lah.. hal ni patut di jadikan iktibar pada semua orang agar berhati-hati dalam menyentuh aspek agama Islam!

I Luv Islam,
– fitrihadi –
(Visited 48 times, 1 visits today)

Comments

  1. azuan says:

    tak pernah tengok pun s.park nie huhuu
    .-= azuan´s last blog ..Cari Jodoh~ Ini Bukan Lagu hihi. =-.

    1. FITRIHADI says:

      gi a search kat youtube…kartun dia kelakar gak..tapi sometimes topik dia agak bebas..contohnya macam ni a..adoii
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Wah Score Penuh Dan Sempurna Dalam Snooker. Mantop gilerr!!! =-.

  2. joegrimjow says:

    baru 1st time tengok gak ni
    urmmm
    .-= joegrimjow´s last blog ..antara champagne, hot choclate dan carlsberg =-.

    1. FITRIHADI says:

      oh layan a..funny gak kartun ni..tapi kengkadang topik dia bebas sangat a..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Aplikasi Terbaru! – Jemputan Istimewa Untuk Exchange Link Dengan Mudah Di Fitrihadi.com! =-.

  3. kenwooi says:

    i dont watch south park.. =/

    1. FITRIHADI says:

      really? then go watch it lah.. it’s so funny.. :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Wah Score Penuh Dan Sempurna Dalam Snooker. Mantop gilerr!!! =-.

  4. fahmi7 says:

    penah tau pasal south park tapi tak penah layan..

    1. FITRIHADI says:

      oh ye ke? SP ni leh tahan gak..tapi agak bebas topik dia..

  5. mr cEro says:

    aku layan gak south park dulu, tp skang taknak layan dah…
    tak hormat agama langsung…
    memalukan..
    .-= mr cEro´s last blog ..Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah..diorang dah kering idea kot sampai nak sentuh agama…

  6. Aus MeLankoLik says:

    tak tahu lak pasl kartun ni .
    kalau dia tak sebut nama nabi agak2 kita pun tak tahu niat dorang sampai skrg .
    .-= Aus MeLankoLik´s last blog ..Harini Hari Lahir Mak | Sesi Pemilihan Menantu Diadakan =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah tapi diorang berani sebut nama nabi..tu yg pelik tu..macam nak cabar kita je
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) Wah Score Penuh Dan Sempurna Dalam Snooker. Mantop gilerr!!! =-.

  7. mimi says:

    bengang tolla. kita xkaco diorang tapi diorang senang2 je memperkecilkan @ main2 ngan agama kita.
    .-= mimi´s last blog ..perlukah PhD dalam hidup?? =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah takpe diorang nak kena warning dah..siap ada ugutan bunuh lagi..terus diorang tukar jalan cita.. sabar bro..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Korang nak lunch? Eh Jap. Baca ni dulu. Baik Punya Makan! =-.

  8. apiih says:

    aku baru tahu,kutuk sekeras-kerasnyer kat diorang..

    1. FITRIHADI says:

      a’ah sama-sama kita mempertahankan islam
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Aplikasi Terbaru! – Jemputan Istimewa Untuk Exchange Link Dengan Mudah Di Fitrihadi.com! =-.

  9. r0slina says:

    mcm2 cara dia org wat..tuk jtuh kan org islam…ishhh
    .-= r0slina´s last blog ..My Dream Destination =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah sekarang ni kena berhati-hati..ada je agenda tersembunyi diorang untuk ‘panas’kan umat islam di dunia ni..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Video) OST Hooperz + Lirik + Trailer = Semua Cantik, Comel Dan Peewit! Tak Tahan! =-.


LIKE KAMI DI FACEBOOK