Apr 052010
 

Sukan bukanlah sesuatu yang saya suka. Tapi jika diberi pilihan mestilah bola tampar. kalau bola sepak takde lah champion sangat. dulu kat sekolah pun jadi wakil sekolah untuk bola tampar je.. boleh lah.

Sekarang ini dah makin dekat dengan musim bola sepak piala dunia. jadi mesti lah bola sepak akan menjadi sukan kegemaran saya. hanyalah untuk bersorak bukan untuk bermain. hehe jangan marah ya.

Pasukan yang manjadi pilihan untuk saya sokong adalah England. Walaupun prestasi pasukan England terumbang-ambing sedikit kerana masalah kecederaan yang membelengu pemain-pemain tapi itu bukan masalah, malah ianya boleh dijadikan pembakar semangat untuk diorang supaya lebih berusaha.



Itu jika piala dunia. Kalau English Premier League (EPL) atau kelab bola sepak pula, semestinya saya menyokong Manchester United. Saya menyokong bukan kerana terpengaruh dengan siapa-siapa, tapi saya tertarik dengan corak permainan Manchester United.

Saya mula jatuh hati dengan Manchester United sejak sekolah rendah lagi. Permainan diorang memang berkualiti sejak pertama kali saya menonton perlawan diorang.



Tapi sekarang manchester United terlalu goyah dengan asakan lawan. Permainan pula bagaikan percikan api yang tidak menentu. Hanya ada semangat tapi kurang strategi atau strategi kurang menjadi. Tidak kira apa pun, saya dan fitrihadi.com akan sentiasa menyokong Manchester United! Glory Glory Manchester United!



Oh terlebih sudah. Jadi, walaupun kurang bersukan, jangan lah sampai korang buta sukan. Pergilah berjoging atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Jika peluh korang berbau, boleh guna Adidas Action 3. Confirm selepas ni anda akan gian untuk bersukan sepanjang masa.. macam saya! :P



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

P/s: Jom Berdemam Piala Dunia 2010 bersama saya di My Facebook!
(Visited 2 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Football=Adidas?

Comments

  1. farhana says:

    Heehee.. Bola tampar? Saye suka gak.. Dolu2 sbelum badan membesar.. Hahaha.. ;p

    1. F I T says:

      rajin-rajin la bersukan..kang sakit susah lak nak bersukan :)
      .-= F I T´s last blog ..Fit.Charity – Jom Sokong Kempen Kami Prihatin =-.

  2. epalejau says:

    ouh..kenapa lah epal sangat lembab bersukan haa? alalaaa..
    dari zaman kanak-kanak, sampaila da tua bangka ni..

  3. Mr Kamikaze says:

    Bola sepak tetap di hatiku…
    walau pun tendang bola pun tak kena..
    hehehe
    .-= Mr Kamikaze´s last blog ..Perompak Hati Kering (Tembak Rakan Sendiri Hingga Mati)!!!! =-.

  4. MyaFiza says:

    tadi ada problem ngn spam protection. dia kata salah bg jawapan. konfius jap. 8+10.
    18 lah kan. huhuhu….


LIKE KAMI DI FACEBOOK