Apr 012010
 

Memiliki kad pengenalan bukanlah seperti memiliki seorang makwe kerana ianya tidak perlu di jaga sepertimana seorang makwe. namun hakikatnya masih ada beberapa perkara yang korang perlu buat untuk menjaga kad pengenalan korang sebelum kad pengenalan anda rosak dan seterusnya anda terpaksa meminjam wang makwe korang untuk membuat kad pengenalan baru.

semestinya itu akan membuatkan makwe korang menarik muka sehingga ke hujung dunia kerana sikap korang yang tak seperti lelaki lembut (gentleman) langsung.

ok berbalik kepada tips nak jaga mykad korang. tips ni fit dapat dari JPN melalui akhbar tempatan. fit pun pernah tukar sekali mykad tu sebab cip dia rosak. Melayang RM10. adoiii cara nak jaga mykad ni sama ja macam nak jaga CD atau DVD. Caranya:

  • Jangan bagi kena panas. kalau tinggal dalam kereta tengah panas memang le cepat rosak. So usunglah ke mana ja korang pegi.
  • Jangan gores, tebuk, ketuk, gunting atau calarkan cip dan mykad tu. kang kad rosak takleh baca. Silap-silap muka korang berubah ke tak ke naya nanti. hehe
  • Elakkan mykad korang dari kena bahan kimia atau asid. macam sabun pencuci ke. kalau kad masih boleh dibaca lepas terendam tu kira bertuah la korang..kalau tak tu dipersilakan dengan besar hatinya ke pejabat pendaftaran dengan berbekalkan RM10 untuk tukar mykad baru.
  • Dan penting ni. jangan bengkokkan atau lengkungkan mykad korang. Nanti lekang, cepat la rosak. bagi yang letak dalam wallet tu pastikan wallet korang rata je..kalau bengkok memang boleh merosakkan mykad korang.
LIHAT JUGA:  2 Apps Ini Selamat Untuk Kanak-Kanak. Ibubapa Perlu Tahu

Jadi, kalau dah rosak tu tak payah la nak salahkan JPN. Pandai makan pandai simpan ler. Actually nak buat mykad baru ambik masa lebih kurang dalam sebulan gak. dan bayaran untuk buat mykad baru adalah RM10. tapi kalau hilang kerana kecuaian (tanpa sebab seperti kecurian atau bencana alam) korang sediakan lah RM300. salah besar tu kalau korang hilangkan mykad tu.

kesimpulannya jagalah mykad tu seperti makwe korang sebab mykad pun pandai nak kopak duit korang.

(Visited 1,394 times, 1 visits today)

Comments

  1. Wan Perlis says:

    mycard masih elok lagi setakat ni
    mycard najib macam mana?

  2. kyuubi_85 says:

    mykad aku msh dlm keadan elok. rasanya. cuma kdg tu masuk dlm wallet buatkan mykad tu jd melengkung skit.huhu
    .-= kyuubi_85´s last blog ..10 Pemuda Terkaya Didunia =-.

  3. Amir says:

    budak laki biasanya tak pandai jaga mykad. dorang suka letak kat belakang seluar jeans pastu duduk. boleh bengkok mykad dibuatnya. tips aku, bila nak duduk, pindahkan walet ke poket depan seluar..
    .-= Amir´s last blog ..Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali =-.

    1. nash says:

      aku buat mcm ko cakap tu samer jer so kualiti mycard tu yg bermasalah sebenar nye kenape aku letak card bank kat poket blakang ok jer card bank tu? ke nak kena tinggal mycard kat umah kot

  4. nash says:

    waaa mcm2 nak kena jaga abis kalau sebb mycard tu tak boleh baca kiter tau ker?? nak kena beli alat baca mycard letak kat umah so boleh la chek selalu mycard ok ker tak..
    ke tatik JPN jer nak duit so buat la mycard costdown.. contoh 1000 yg pertama kluarkn kualiti tahan lama 1000 yg ke2 kuar kan costdown nye kualiti… letih tau tak nak buat bukan senang nak gi JPN la pastu kena tunggu la.. pegi bank lak kena time yg perlukan mycard tetiba mycard tak leh baca ape kes bank pon satu sengal gak maner aku tau mycard tu boleh baca ker tak kalau aku tau takder nye aku nak gi cari masalah kad bank tu korang yg tak kena mmg la…. mycard nak jaga mcm maner lagi kalau korang tengok mycard aku cantik bekilat lagi sbb kali yg ke2 aku buat baru guna setahun..buat hal gak panas beb…


LIKE KAMI DI FACEBOOK