Apr 112010
 

Arghhhh..malam ni adalah malam yang penuh dengan perasaan geram. pertamanya geram dengan perangai Rita Rudaini yang kurang ajar. Sanggup dia tendang dan belasah suami dia masa tengah sembahyang. dah lumpuh sebelah kaki pun stil nak tendang-tendang semua orang. betul-betul2 kurang ajar a.

eh camna boleh tendang suami dia? kan suami dia si Aidil Zafuan main bola untuk final Piala FA. takde la..sebenarnya si Rita Rudaini ni berlakon untuk cerita ‘Tiupan Sangkakala’ kat TV3 tadi. Rita Rudaini ni jadi isteri takde ajar..bukan kurang ajar..ni lebih teruk dari kurang ajar..tak sedar-sedar diri gak walaupun Allah dah bagi balasan..kaki dah tempang tapi perangai.. mak aih.. memang geram gila a tengok..

dan lagi geram sebab team suami Rita Rudaini ni menang Piala FA..Siapa lagi kalau bukan team Negeri Sembilan adoii apa cita kedah ni.. penalti pun kantoi..apa nak buat..pasrah je la.. saya orang perlis but as utara-clan mesti la sokong jiran.. hehe

LIHAT JUGA:  (Video) Lagi Promo Panggung Sabtu TV3 Bulan Mac Yang Kelakar


Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan atas kemenangan ni. Tabik spring rosak kat korang. moga tahun depan kalah pulak! haha dan tak lupa jugak tahniah kepada Rita Rudaini kerana berjaya bawa watak yang betul-kejam sampai kitorang pun rasa nak lempang je bini durjana tu. jangan marah a.. eh dua-dua menendang ek malam ni.. heh

P/s: agaknya Negeri Sembilan dapat menang kerana sebelum permainan bermula diorang kumpul ramai-ramai baca doa, memang respek a… tapi team Kedah still dengan ‘pesyen’ lama..kumpul ramai-ramai, cakap-cakap, pastu jerit-jerit pastu terus main. takde berkat a main bola…

P/p/s: Update time weekend tak ramai nak baca. so hari Sabtu nak bermalas-malasan sekejap!
(Visited 325 times, 1 visits today)

Comments

  1. eyriqazz says:

    hak3…boleh tahan citer ni..mmg suka eman manan berlakon…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Penangan Isteri-Isteri Terdesak =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah dah lama tak tengok eman manan berlakon..
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah! Hakikat Yang Harus Diterima Oleh Rafiqin Darwisy Seumur Hidup; KUTUKAN! =-.

  2. nursarah says:

    haha, sangat kelakar la dialog tu, gelak guling2. kahkah!
    .-= nursarah´s last blog ..kes rafiqin darwish & formspring me =-.

    1. FITRIHADI says:

      haha suka-suka je buat dialog tu.. :P
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah Aimi Najwa… Pipimu Tembam Macam Kuih Donat.. =-.

  3. Cepat betul update… baru je habis tengok 45 minit tadi cerita ni kan?

    1. FITRIHADI says:

      a’ah memang laju sebab geram sangat..jadi tahap refleksi semakin meningkat hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Tips Menulis Advertorial Yang Berpeluang Untuk Menang [Versi Fitrihadi] =-.

  4. zac zirwan says:

    tak best r citer tu..patot letak nasir bilal khan kt tmpt eman manan..baru akn jd sedey kt ending tu..

    kecewa gk ngn pasukan kedah..huk
    .-= zac zirwan´s last blog ..blogger boy..cool drama.. =-.

    1. FITRIHADI says:

      nasir bilal khan tak nampak alim sangat..eman manan ok la..dah masuk dengan watak tu..tapi rita rudaini memang menjadi a..sedap2 je dia mengamuk dalam cita tu.. :P

      nasiblah team kedah..taun depan cuba lagi
      .-= FITRIHADI´s last blog ..(Panas) Normal Ke Lelaki Raba-Raba Lelaki? =-.

  5. MyaFiza says:

    haha..tak tengok bola sebab nak tengok citer tu. memang geram giler tengok rita berlakon. boleh dia pegi tendang2 si eman manan yg gagah perkasa tu.
    fuhh!! menjadi la diorg ni berlakon.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah si suami tendang bola, si isteri tendang suami..bikin kecoh a diorang ni malam ni hehe apa-apa pun diorang memang terbaik :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah Akhirnya Hunny Madu Flyfm Dah Kahwin..Tahniah Diucapkan! =-.

  6. Nia says:

    Salam ziarah ya Fitrihadi,

    Kebetulan pulak malam ni suami isteri ni dua-dua ada dekat TV. Tengok gilir-gilir, so tak concentrate sangat drama tu. Haha,..kebetulan pulak dua2 menendang malam ni.
    .-= Nia´s last blog ..Tips mendapatkan gambar yang walah.. =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah dua-dua menendang malam ni..baru perasan ar hehe
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah! Musim Buah Mempelam Dah Tiba! Mempelam Dan Mangga Sama Kan? =-.

  7. miera says:

    Cis, tertipu sungguh ble bace kat dashboard tadi
    ingatkan btul2 laa
    baru pelik jap mcm mane RR leh tendang hubby de
    rupenye dlm tv T_T

    1. FITRIHADI says:

      rilex a..dalam cerita je..kalau betul memang dah kena tangkap polis a.. hehe mantap gak lakonan RR malam ni..suami dia pun mantap gak main bola..bravo bravo!
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wah! Bila Lagu Tak Boleh Blah Menjadi Lagu Paling Gempaq Gilerrr! =-.

  8. intanizani says:

    ingatkan ape tadi
    tak tgk pun drama malam tadi
    tak sanggup tgk drama isteri kurang ajar

    1. FITRIHADI says:

      rugi tak tengok..dah macam cita indon..kalau jahat, jahat betul-betul. kalau baik memang baik betul-betul :D
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wahhhhh! Acer Aspire One (Worth RM1299) To Be Given Away! It’s real! Betul-Betul Free Beb! =-.

  9. ReD says:

    ye la tu kot. kumpul 1 team then baca doa memang berkat..;)
    .-= ReD´s last blog ..~ PENGAKUAN BERANI MATI -> AKU MENGANDUNG! ~ =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah tu a pasal..memang respek kat team N9
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wahhhhh! Acer Aspire One (Worth RM1299) To Be Given Away! It’s real! Betul-Betul Free Beb! =-.

  10. sylarius says:

    Kira ok la Negeri Sembilan ada jugak baca-baca doa sikit sebelum main tu. Patut dalam skuad kebangsaan pun kena amalkan jugak. Cuba tengok team hoki kita, lepas menang siap buat sujud syukur lagi. Aku tak ingat nama dia, tapi ada gaya-gaya macam tabligh sikit. Dia main defend memang bagus. Kental beb.
    .-= sylarius´s last blog ..Final Piala F.A. 2010 – Negeri Sembilan lwn Kedah =-.

    1. FITRIHADI says:

      a’ah yg hoki tu pun bagus gak..bila ingat Allah baru senang nak main :)
      .-= FITRIHADI´s last blog ..Wahhhhh! Acer Aspire One (Worth RM1299) To Be Given Away! It’s real! Betul-Betul Free Beb! =-.

  11. huda says:

    hohho~ lawak!!
    .-= huda´s last blog ..Acer Aspire One PERCUMA =-.

  12. AbgFeroZ says:

    hahaha.. mmg besh cite tuh..
    besh lagi dialog ang :)
    ngeh ngeh ngeh..
    .-= AbgFeroZ´s last blog ..Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010 =-.

  13. ayue says:

    huhu…sedih kot kedah kalah, padahal penalti ja pon..xpa la nak bwt mcm mana dah nasib..tapi best la dialog gambaq atas tu..hehe ingatkan betol td rita tendang suami dia..
    .-= ayue´s last blog ..bola sepak itu bulat =-.

  14. Meow says:

    wahaha…kelakar betul…mmg geram pun tgk cerekarama semalam…sakit hati jer
    .-= Meow´s last blog ..Tiupan Sangkakala Cerekarama TV3 – Isteri Kurang Hajar =-.

  15. DaHLia says:

    betul Fit,!!

    dia tendang giler2 punye, akak sampai mengucap panjang..
    dah laa tgk duk blogwalking, last2 ternganga tgk dia…dengan cakap kurang ajar nyer, rasa mcm nk lempang jer dia…

    kan besh kalo citer ni dipanjangkan…jd drama bersiri ke..ok gak kan.
    .-= DaHLia´s last blog ..Ini serius!!….Ada blogger nak bagi Notebook ACER ASPIRE ONE FREE!!! Untuk kita berdua sahaja!! =-.

  16. Wan Perlis says:

    dah lama x tengok tv
    tgk berita ja
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan =-.


LIKE KAMI DI FACEBOOK