Apr 282010
 

Nak salahkan laut ke streamyx ke hah? ke nak salah kan kabel internet atau pencipta internet ni. Kalau takde internet takde lah slow internet ni. tak gitu? oh dah malalut ke laut.. Nak update entry pun slow dah macam tunggu kucing nak berjanggut..

apatah lagi visitor fitrihadi.com..mesti lambat korang nak tunggu page ni habis upload.. dan saya nak mintak maaf kat korang semua terutamanya kat mamat bawah ni sebab terpaksa menunggu begitu lama untuk page fitrihadi.com ni habis upload. ouhh kesian!



Actually saya tengah merungut pasal keslowan internet ni. Punca kuasanya korang baca lah petikan dari akhbar Berita Harian ni! ye memang artikel ni bak kata Tun Dr. Mahathir – “Dah lama dah”!

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4).

Anggota konsortium TM telah mengesan masalah kabel di rangkaian kabel dasar laut SMW4 antara Alexandria di Mesir dan Palermo di Itali menghubungkan Malaysia ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
“Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei, 2010,” demikian menurut TM dalam satu kenyataan.
Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.

“TM mengambil langkah aktif untuk meminimumkan gangguan, kami telah menambah rangkaian tambahan bagi laluan lain serta menyelaras dengan pembawa antarabangsa yang lain bagi menyediakan lebar jalur tambahan untuk pelanggan kami,” jelas syarikat itu.

Menurut TM, meskipun inisiatif ini, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa.

“Pelanggan yang menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dan aplikasi perniagaan kritikal lain yang bersambung ke Eropah dan AS akan mengalami gangguan perkhidmatan yang minimum, jika berlaku,” menurut TM.
Menurut TM, ia akan menyediakan maklumat terkini yang sewajarnya mengenai perkembangan kerja-kerja pemulihan.

Pelanggan boleh menghubungi TM di talian 100 dan memilih “Bantuan Teknikal” atau e-mel di help@tm.com.my untuk masalah berkaitan Internet. – Bernama

mak aih.. gangguan tenet sampai 2 Mei ni.. tak tahan!!! tahap kebosanan saya sudah mencecah ke paras bahaya.. air sungai pun dah melimpah…banjir akan tiba! akibatnya rasa macam nak tukar handphone je. Haha dah kantoi habit buruk saya..bila dah bosan ke tahap macam duduk dalam kubur, terus rasa nak tukar handphone.

Jadi, ada tak sapa-sapa yang sudi nak beli handphone LG Cookie KP500 saya? baru beli hujung bulan Mac lepas… saya nak jual RM450 je. Lepas ni nak angkat Nokia E63 lak..dulu memang nak beli nokia e63 tapi sebab nak test handphone touchscreen, beli LG Cookie KP500 ni dulu heh!

So kalu nak deal, just CONTACT FIT. no money no talk, ok? hehe

Anyam ketupat sambil mengumpat,
Tersembur air liur ke dalam periuk,
Siapa cepat dia dapat!
Kalau melepas tinggallah habuk!

Yang dapat no 1 (dari belakang) dalam pertandingan pantun,
– fitrihadi –

(Visited 35 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Terkini) Status Baru Pembuli Dalam 2 Video Buli Asrama

Comments

  1. farenova says:

    ooh patutlah internet slow semacam, tapi mmg ditambah laptop saya yang memang dah suam2 kuku ni heheheh
    .-= farenova´s last blog ..Thanks DarkBatman =-.

  2. […] entry pendek je untuk berkongsi! Dah baca pasal artikel internet slow yg lepas tu?? yang mana punca kuasa duanya ada di laut! ni fit ada solutionnya! just guna proxy […]

  3. […] This post was mentioned on Twitter by Ahmad Fitri. Ahmad Fitri said: maaf kalau blog fitrihadi.com slow..punca kuasa dua kpd masalah ni ada di laut…oh mood pun ke laut.. oh laut! http://bit.ly/9knu6v […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK