Mar 282010
 

Sekarang ni musim pemodenan internet serta perhubungan tanpa sempadan di Malaysia. Tak seperti barat semuanya dah canggih manggih. jadi di asia khususnya masih lagi hot pasal blogging ni. Boleh dikatakan blog ni sama penting macam handphone. Semua orang mesti ada punya.

tapi adakah keghairahan bloggies kepada blog akan berkubur sepertimana gejala punk, skinhead dan golongan yang sewaktu dengannya? Sama-sama kita lihat bila earning korang berkurang, bila tak ramai nak baca blog korang serta masing-masing mengejar menulis entry dan bukan lagi blogwalking yang mampu mengeratkan silaturrahim. Adakah korang mampu meneruskan penulisan korang bila semua tu berlaku? Apa-apa pun bagi fit, blogging tu adalah surviving. jadi, be a ninja! walaupun dalam senyap tapi sentiasa bersedia!

oh dah lari tajuk lak. actually dalam beberapa bulan lepas ni ada istilah nang-whore. yang digunakan untuk pengguna innit nuffnang yang gian nak link innitnya di klik. so disini fit guna istilah ping-whore yang membawa maksud secara umumnya tak kira lah ping di GengBlogger ke, ozbloggers ke, innit nuffnang ke, bloggerunited ke atau apa je ping-site yang sewaktu dengannya.



kengkadang terkesima gak bila link yang nak ditekan tu bukan link blog owner tu tapi link ping-entry owner tu. wahh memang dia ni bersemangat besar dalam dunia blogging ni. Jadi apa tandanya seseorang bogger tu ping-whore?
  • korang akan guna dan sebarkan link ping-entry korang tu lebih banyak dari link blog sendiri.
  • korang akan join mana-mana je ping-site yang wujud di alam maya ni.
  • di twitter korang penuh dengan tajuk entry yang sama tapi link ping-entry yang berbeza. ye la dah ping kat banyak ping-site.
  • kalau dah spread link ping-entry tu di twitter/fb pagi-pagi, mesti akan spread sekali lagi pada waktu malam. paling afdal lepas maghrib lah. time tu orang tengah berehat layan tenet hehe
  • korang akan ping dalam pukul 12 tengah malam sebab time tu click-counter baru nak mula mengira. So ada can la nak lead carta popular post. dan ramai lah nak tengok entry korang bila dah berada di top list.
  • korang akan guna link ping-entry tu di shoutbox dan chat widget yang sewaktu dengannya. Oh amatlah tidak beretika. Ye la. Di situ tulis nama. tapi linknya bukan link blog tersebut. kalau bagitau suruh baca entry disertai dengan link ping-entry takpe gak. ini tak bagitau, terus letak kat link nama. tambah2 kalau dapatwang. komen dia; suruh lawat blog tapi bila klik pergi tempat lain lak. Adoii solutionnya, kena banned url dari dapatwang dan url yang sewaktu dengannya. Fit sarankan gunalah Shoutmix chat widget hehe
  • bila komen di blog blogger lain, korang akan letak gak di bawah komen tu link ping-entry korang supaya bilangan click tu naik. dan semestinya akan komen begitu di banyak blog-blog yang ada.
LIHAT JUGA:  Nuffnang Akan Mengambil Tindakan Terhadap Penipu-Penipu Klik!

fit pun ada gak buat benda-benda kat atas tu untuk naikkan trafik. tapi takde lah sampai letak link ping-entry kat shoutbox..kang ada orang tak suka lak.. kita blogging ni pun kena berpada-pada gak. takleh extreme sangat nanti makan diri.

actually bagi fit, ping-whore tu tak salah pun. ok je. maknanya korang ni rajin dan bersungguh-sungguh dalam dunia blogging. cuma tak perlu lah sampai buat tajuk gempak tapi isi hampeh. punya lah letak link ping-entry tu merata-rata tapi isi lekat celah gigi je..tak pun macam kupas buah kelapa busuk. punya la usaha kupas.bila dah belah, keluar air kelapa busuk..perghh tak tahan.. (cam ada pengalaman je..) hehe

dan tak perlulah nak sembunyikan link tu disebalik nama. tak baik. memang tak berdosa tapi bukankah itu dah mengecewakan niat murni pengklik tersebut yg nak click ke arah yang dia harapkan.

apa pun biarlah entry korang tu seperti buah durian. Sakit dan susah untuk dibuka, tapi isinya banyak, sedap dan cantik! Peace!

P/s: oh April Fool dah nak tiba. Korang jangan sambut atau buat apa-apa. Tahu kan? Isu ni dah bertahun-tahun ada. Pandai-pandai lah fikir. Say this with me – I’m not a fool anymore!

(Visited 14 times, 1 visits today)

Comments

  1. Gapura says:

    I’m sooo guilty
    .-= Gapura´s last blog ..Video Cables Headache =-.

    1. F I T says:

      eh napa lak?rilex a..tak salah pun ping-whore ni :)

  2. Zephyr says:

    bukan ke adat berblogging ke pingwhore ni?
    .-= Zephyr´s last blog ..Me vs Info (XVI) =-.

    1. F I T says:

      memang la..tak salah pun ping-whore ni..masing masing ada usaha masing-masing. niat kena betul gak.
      entry ni tips sebenarnya..kalau nak, ikut lah untuk naikkan trafik :)

  3. eddy dy says:

    nice info….x tau pula ada jugak cam tue yer…
    .-= eddy dy´s last blog ..SUMMARY OF MY VISITORS THIS WEEK. =-.

    1. F I T says:

      a’ah lain orang lain ragam.. ada sesetengah tips ni tak ramai yang tahu hehe

  4. kyuubi_85 says:

    aku pun prnh jg buat mcm ni. tp sekali je.pastu mls coz mcm x baik je rasa buat mcm tu.
    .-= kyuubi_85´s last blog ..Foto Panas Artis! =-.

    1. F I T says:

      oh takpe..masing-masing ada cara tersendiri untuk promote blog :)

  5. jane says:

    aku tak tau sgt term2 blog ni…yg pnting aku suka mana yg menarik n bersahabat dgn smua yg dtg blog aku

    tu sjer

    smping leh tukar2 pngalaman n ilmu n stories dr mcm2 manusia

    >>____________^
    .-= jane´s last blog ..Maafkan aku … abah ! =-.

    1. F I T says:

      betul tu. blogging ni kena bebas..tak perlu terikat dengan sesuatu keadaan. just be yourself :)

  6. Luffy says:

    tp terbukti kebanyakan yg blogwalking niat utama nak trafik bukan nak silaturrahim

    1. F I T says:

      a’ah tapi terpulanglah pada niat masing-masing… kita takleh nak buat apa2..
      .-= F I T´s last blog ..Kontez Dialog Kelakar Fitrihadi.com =-.

  7. ReD says:

    ahaks.. April Fool.

    siapa la yang gila pi celeb? sapa buat kat aku, siap laa…
    .-= ReD´s last blog ..~ ADA APA DENGAN LELAKI? ~ =-.

    1. F I T says:

      hahaha ayat siap dah warning awal2..haa tak pyh la sambut nak prank orang..tak elok ikut budaya barat :P
      .-= F I T´s last blog ..Kontez Dialog Kelakar Fitrihadi.com =-.

  8. Sakira says:

    Okay. I so buat macam ini, tapi bese larh tu kan . . . Pasal tu bila GB down, my traffic pun down. Sigh~
    But then kan, bila GB down I didn’t really bother in looking for another ping service. Yang OZ tu ping sekaaali jer. Pastu dah tak bila GB okay balik. Hmm.
    Tujuan untuk mengpromote blog. No one can run away from this. No one.
    .-= Sakira´s last blog ..Rihanna – Rude Boy. =-.

    1. F I T says:

      erm yup semua orang mesti promote blog..tapi bila extreme sangat promote boleh lah dikatakan ping-whore..hehe tak salah pun benda tu.. yg penting kita berusaha
      .-= F I T´s last blog ..Kontez Dialog Kelakar Fitrihadi.com =-.

  9. marki says:

    haha..setuju bro dengan ayat “biarlah entry korang tu seperti buah durian. Sakit dan susah untuk dibuka, tapi isinya banyak, sedap dan cantik! ” sebab sekarang ne ramai sgt yg entry dia merapu2 ..hehe
    .-= marki´s last blog ..Wordpress Tutorial 6: Memasang Plugins di blog anda. =-.

    1. F I T says:

      a’ah sebenarnya hangat hati skit dengan entry yg dapat innit tinggi baru-baru ni pasal buat 60k dalam 3 bulan..bila baca entry tu sebenarnya 60k SEN..adoii pe la..tu betul2 merapu a
      .-= F I T´s last blog ..Ada apa dengan LG ‘Cookie’ KP500? Adabi… =-.

  10. lizz says:

    updated blog n ping tgh mlm mmg best.hehehehe

  11. Wan Perlis says:

    setuju dgn sis :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK