Mar 252010
 

Salam,

Demi mencuba kamera baru, hari ini terus ke kedai membeli bateri disamping tolong mak membeli barang dapur hehe dengan kuasa Power Rangers dua ketul bateri Panasonic Evolta, kamera baru kembali bernyawa.

Assignment pertama untuk kamera baru fit adalah ‘ikan oh ikan’. Hari ni disebabkan takde orang jual ikan keli atau dalam bahasa orang kampung fit dipanggil ‘catfish’, maka fit kena terjah kolam belakang rumah fit demi menangkap si merah serta si hitam yang selalu sangat bercanda dan bermesra tanpa menghiraukan kitorang dalam rumah ni. huh sungguh kurang sopan!

Suasana yang tenang tiba-tiba gamat dengan rontaan ikan yang ganas bak jerung dalam filem Jaws! Seekor demi seekor ikan berjaya dipisahkan dari dunia mereka. Dan akhirnya mereka akan menuju ke sebuah era baru dalam bidang perikanan!

Hasilnya, mereka tidur dengan aman di alam baru yang dipenuhi aroma yang menusuk jiwa, pandangan yang memukau kalbu dan rasa yang membuka selera!

ikan oh ikan…

LIHAT JUGA:  Selamat Hari Pekerja / Buruh! Selamat Bercuti!

P/s: entry ni suka-suka ja..just nak mencuba kamera baru hehe

(Visited 14 times, 1 visits today)

Comments

  1. WAH.. SEDAPNYER.. TERLIUR DAKU
    .-= PEREKA CERITA´s last blog ..Niyang Rapik =-.

    1. F I T says:

      hehe sweet sour masakan mak..memang le sedap hehe :P
      .-= F I T´s last blog ..Fit.Charity – Bantuan Kewangan Diperlukan Untuk Pembedahan. =-.


LIKE KAMI DI FACEBOOK